Home Ekonomi Belanjawan 2025: Kerajaan komited tumpu projek berpaksikan rakyat
Ekonomi

Belanjawan 2025: Kerajaan komited tumpu projek berpaksikan rakyat

Belanjawan 2025: Kerajaan komited tumpu projek berpaksikan rakyat

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 20 Oktober – Belanjawan 2025 disifatkan sebagai pelan kondusif dan komprehensif meliputi pelbagai lapisan rakyat.

Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan Ekonomi UiTM, Dr Bashir Ahmad Shabir Ahmad berkata ia menggariskan pelbagai usaha kerajaan untuk mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi.

Katanya, peruntukan perbelanjaan pembangunan lebih rendah daripada belanjawan terdahulu, jelas membuktikan pendirian kerajaan untuk mengurangkan pelaksanaan projek mega.

Sebaliknya, lebih tumpuan diberi kepada projek yang berpaksikan rakyat seperti penambahbaikan dan pembinaan infrastruktur, prasarana termasuk kemudahan di bandar dan luar bandar.

\”Di samping juga, kerajaan melihat kepada pembangunan modal insan yang lebih telus dan juga lebih jitu. Ini dapat dibuktikan apabila kita melihat sektor pendidikan mendapat bajet paling besar sekitar RM65 bilion dan penambahbaikan sekolah serta pembinaan sekolah baharu termasuk sekolah taska, prasekolah dan sebagainya akan dilakukan pada 2025 termasuk tumpuan lebih diberi kepada kawasan luar bandar,\” katanya.

Beliau menyatakan, pengumuman kadar gaji minimum baharu juga telah dijangkakan, selaras kenaikan gaji kakitangan awam.

Jelasnya, garis panduan bagi gaji permulaan bagi semua sektor pekerjaan adalah langkah wajar yang memberi manfaat kepada kebolehpasaran graduan.

Ia akan turut mempersiapkan industri dan sektor perniagaan dalam memenuhi keperluan garis panduan tersebut.

Related Articles

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20
Ekonomi

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20

PETALING JAYA: Ringgit dijangka terus mengukuh dalam masa terdekat, berpotensi mencecah antara...

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan
Ekonomi

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan

PUTRAJAYA: Malaysia masih berada dalam kedudukan lebih baik berbanding negara serantau seperti...

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei
Ekonomi

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei

MICHAEL Chew (kiri) dan Hannah Yeoh (dua dari kanan) dalam majlis pelancaran...

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025
Ekonomi

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025

CHUA KIM SOONPETALING JAYA: Jumlah tuntutan pampasan yang dibayar oleh syarikat insurans...