Home Ekonomi Belanjawan 2025: Belia Harap Isu Rumah Mampu Milik, Kesihatan Mental Jadi Perhatian
Ekonomi

Belanjawan 2025: Belia Harap Isu Rumah Mampu Milik, Kesihatan Mental Jadi Perhatian

Belanjawan 2025: Belia Harap Isu Rumah Mampu Milik, Kesihatan Mental Jadi Perhatian

Setiausaha Politik Menteri Kewangan Muhammad Kamil Abdul Munim (kiri) bersama Presiden Majlis Belia Malaysia Mohd Izzat Abd Hamid (kanan) pada Majlis Libat Urus \”Belanjawan 2025: Apa Belia Mahu?\” yang dianjurkan Kementerian Kewangan dan Majlis Belia Malaysia (MBM). di Kementeian Kewangan semalam (2 Ogos).

–fotoLivevartha (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

Setiausaha Politik Menteri Kewangan Muhammad Kamil Abdul Munim menyampaikan ucapan pada Majlis Libat Urus \”Belanjawan 2025: Apa Belia Mahu?\” yang dianjurkan Kementerian Kewangan dan Majlis Belia Malaysia (MBM) di Kementeian Kewangan semalam (2 Ogos).

–fotoLivevartha (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

PUTRAJAYA, 3 Ogos (Livevartha) — Golongan belia berharap isu perumahan, insentif lain melibatkan kesihatan mental serta bantuan lain untuk menceburi bidang keusahawanan dapat diangkat dalam Belanjawan 2025.

Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata cadangan itu antara yang diutarakan belia dalam Majlis Libat Urus ‘Belanjawan 2025: Apa Belia Mahu?’ yang dianjurkan Kementerian Kewangan dan Majlis Belia Malaysia (MBM).

"Kita ambil kesempatan untuk kumpul pandangan, idea dan saranan untuk diangkat ke peringkat lebih tinggi memandangkan sekarang ini kita dalam proses penilaian belanjawan," katanya kepada pemberita selepas majlis berkenaan yang dihadiri lebih 200 belia, semalam.

Beliau berkata MBM mengumpul pandangan dan cadangan daripada golongan belia agar dapat dimurnikan dalam bentuk memorandum dan cadangan supaya dapat menghasilkan belanjawan lebih inklusif.

“Sudah pasti Belanjawan 2025, kita yakin dan percaya akan lebih banyak peruntukan diberikan kepada kelompok belia untuk memastikan kebajikan mereka dapat dijaga dan diharapkan agar kerajaan dapat tawarkan lebih insentif untuk bantu pertingkatkan kualiti kehidupan golongan belia di negara kita.

“(Seterusnya) untuk peringkat kementerian lain, itu akan dilaksanakan di kementerian masing-masing untuk mendapatkan maklum balas khusus, melibatkan bidang kuasa agensi serta jabatan yang berada di kementerian dan ia akan disusuli dalam tempoh sebulan ini,” katanya.

Wakil dari Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) Nur Atika Hairi mencadangkan pembangunan pusat kesihatan mental serta subsidi untuk tujuan pemulihan bagi menjamin kesihatan dan kesejahteraan mental golongan belia.

"Trend kemurungan dan kesihatan mental dalam kalangan belia memang semakin meningkat kebelakangan ini. Faktor-faktor seperti tekanan akademik, masalah keluarga, media sosial, dan ekonomi memainkan peranan besar," katanya.

Selain itu, beliau berkata penting untuk mempromosikan kesedaran tentang kesihatan mental dan menyediakan sokongan mencukupi termasuk mengurangkan stigma terhadap masalah kesihatan mental dan mempromosikan gaya hidup yang sihat.

Related Articles

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion
Ekonomi

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion

PETALING JAYA: Jumlah pelaburan komited Ekuiti Nasional Bhd. (Ekuinas) bagi tahun kewangan...

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan
Ekonomi

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan

FADILLAH Yusof semasa ucaptama di Majlis Peluncuran Laporan Interim Banci Pertanian 2024...

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau
Ekonomi

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau

TENGKU ZAFRUL ABDUL AZIZKUALA LUMPUR: ASEAN boleh menjana tambahan AS$300 bilion (RM1.27...

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat
Ekonomi

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Rasionalisasi subsidi bahan api RON95 mungkin akan ditunda ke...