Home Ekonomi Bekas Perunding Unit Amanah Didenda Rm687,500 Kerana Tipu Pelabur – Sc
Ekonomi

Bekas Perunding Unit Amanah Didenda Rm687,500 Kerana Tipu Pelabur – Sc

Bekas Perunding Unit Amanah Didenda Rm687,500 Kerana Tipu Pelabur – Sc

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Livevartha) — Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengenakan celaan serta denda sebanyak RM687,500 terhadap Amran Mohd Amin atas tiga pelanggaran undang-undang sekuriti.

SC menjelaskan keputusan itu telah berkuat kuasa pada 26 Jun, 2024.

Suruhanjaya itu mendapati Amran telah menyeleweng sebanyak RM215,000 daripada empat bakal pelabur dari Januari 2022 hingga Januari 2023 untuk tujuan pelaburan dalam dana unit amanah dengan Kenanga Investors Bhd (KIB).

“SC mendapati sebaliknya Amran telah memasukkan dana bakal pelabur tersebut ke dalam akaun pelaburan amanah sahamnya sendiri,” jelas SC menerusi kenyataan pada Khamis.

Amran juga telah memberikan penyata akaun yang dipalsukan kepada dua daripada empat pelabur itu, memberikan gambaran palsu bahawa pelaburan atau pembelian unit amanah telah dibuat, sedangkan perkara itu tidak berlaku, tambah SC.

Menurut SC, Amran yang berkhidmat dengan KIB sebagai perunding unit amanah pada masa itu melakukan pelanggaran yang menyebabkan sekatan pentadbiran mengikut Seksyen 354(3) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA).

Kesalahan itu melibatkan pelanggaran di bawah Seksyen 92A(2)(a) CMSA; Perenggan 5.02(b) Garis Panduan SC mengenai Kelakuan untuk Pengantara Pasaran Modal; serta Perenggan 4.1(a) Kod Etika Persekutuan Pengurus Pelaburan Malaysia, tambah SC.

“Tindakan SC terhadap Amran dibuat selepas melalui proses yang sewajarnya terhadapnya termasuk peluang untuk beliau menjawab kepada SC mengenai pelanggaran tersebut serta keputusan SC.

“Amran tidak memfailkan sebarang semakan terhadap keputusan SC dalam tempoh masa yang ditetapkan di bawah CMSA,” menurut SC.

Related Articles

Ekonomi

Pasaran getah dijangka terus lemah akibat ketidaktentuan global

Foto Hiasan / FailKUALA LUMPUR, 19 April – Pasaran getah Malaysia dijangka...

Ekonomi

Ringgit mengukuh pada pembukaan berikutan kelemahan dolar AS

Foto Hiasan / FailKUALA LUMPUR, 18 April – Ringgit mengukuh berbanding dolar...

Malaysia terima dorongan dalam perdagangan, pelaburan
Ekonomi

Malaysia terima dorongan dalam perdagangan, pelaburan

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) mengadakan pertemuan dua hala dengan...

Robert Kuok kekal individu terkaya di Malaysia
Ekonomi

Robert Kuok kekal individu terkaya di Malaysia

Tan Sri Robert KuokPETALING JAYA: Kekayaan kolektif 50 taikun utama Malaysia meningkat...