Home Ekonomi BDB, Seterra Bekerjasama Bagi Projek Jagaan Warga Emas Di Langkawi
Ekonomi

BDB, Seterra Bekerjasama Bagi Projek Jagaan Warga Emas Di Langkawi

BDB, Seterra Bekerjasama Bagi Projek Jagaan Warga Emas Di Langkawi

Kredit: Bina Darulaman Bhd

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Livevartha) — Pemaju hartanah, Bina Darulaman Bhd (BDB) kini menceburi cabang perniagaan baharu menerusi kerjasama dengan Seterra Group bagi menampung peningkatan permintaan perkhidmatan penjagaan golongan warga emas di Malaysia.

Pengarah Eksekutif BDB Raja Shahreen Raja Othman berkata inisiatif pertama dikenali sebagai Aman Seterra Sanctuary, dijangka dilancarkan di Langkawi dalam tempoh dua tahun lagi.

Pembangunan seluas 5.26 hektar itu terletak di Kuala Temoyong.

BDB sebelum ini meneroka peluang dalam sektor hospitaliti seperti hotel dan pusat peranginan di Langkawi.

“Bagaimanapun, kami menyedari rakan iaituSeterra Group lebih menumpukan perkhidmatan penjagaan warga emas.

“Selepas melakukan penilaian, kami memutuskan untuk beralihtumpuan dan menganggap Langkawi dapat mengetengahkan tarikannya yang seiring dengan konsep penjagaan warga emas,” katanya kepada Livevartha.

Raja Shahreen berkata Langkawi turut dikunjungi ramai warga asing dari Eropah, Timur Tengah, Rusia, Jepun dan negara lain, termasuk yang bertindakmelanjutkan tempoh penginapan bagi mengelak cuaca yang ekstrem.

Kelebihan Langkawi menawarkan tarikan unik untuk pengunjung sedemikian juga mampu dimanfaatkan oleh BDB.

Related Articles

Ketegangan Iran-Israel dorong lonjakan harga emas global
Ekonomi

Ketegangan Iran-Israel dorong lonjakan harga emas global

KEDAI emas.-GAMBAR HIASAN.PETALING JAYA: Ketegangan geopolitik antara Iran dan Israel baru-baru ini...

Indian Motorcycle kembali dengan harga mampu milik
Ekonomi

Indian Motorcycle kembali dengan harga mampu milik

LAI Wai Keat bersama model Scout Bobber yang ditawarkan pada harga RM89,000...

SST: Bank jamin perkhidmatan perbankan asas tidak terjejas 
Ekonomi

SST: Bank jamin perkhidmatan perbankan asas tidak terjejas 

MESIN ATM-GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Persatuan Bank-Bank di Malaysia (ABM) meyakinkan orang ramai...

Proton, Grab terus perkukuh kepada komuniti e-hailing
Ekonomi

Proton, Grab terus perkukuh kepada komuniti e-hailing

TIMBALAN Ketua Pegawai Eksekutif Proton EDAR, Zhang Qiang (kanan) bertukar dokumen dengan...