Home Ekonomi Bayaran Bersama Insurans Perubatan Lebih Fleksibel, Telus – LIAM
Ekonomi

Bayaran Bersama Insurans Perubatan Lebih Fleksibel, Telus – LIAM

Bayaran Bersama Insurans Perubatan Lebih Fleksibel, Telus – LIAM

Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) Mark O\’Dell (duduk, tiga dari kiri) ketika menghadiri mesyuarat dengan wakil insurans baru-baru ini.

Oleh Fadzli Ramli

KOTA KINABALU, 6 Ogos (Livevartha) — Peraturan baharu mengenai keperluan pembayaran bersama bagi produk insurans, takaful perubatan dan kesihatan (MHIT) bertujuan menawarkan pengguna dengan premium rendah, telus serta lebih fleksibel.

Peraturan baharu oleh Bank Negara Malaysia (BNM) berkuat kuasa 1 Sept ini, telah mencetuskan kekeliruan, justeru peneraju industri sedang berusaha untuk menyelesaikan aspek itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) Mark O'Dell mengulas kebimbangan mengenai peraturan pembayaran bersama baharu itu, sambil menekankan bahawa pembayaran bersama bukan konsep baharu.

“Pembayaran bersama telah menjadi sebahagian daripada polisi insurans sejak sekian lama. Peraturan baharu itu bertujuan memperluas pilihan pengguna, bukan mengenakan kos mandatori,” katanya kepada Livevartha dalam temu bual baru-baru ini.

Beliau berkata di bawah garis panduan baharu itu, syarikat insurans dikehendaki mengemukakan sekurang-kurangnya satu pilihan pembayaran bersama, dengan pelan sedia ada mereka.

O'Dell berkata perubahan itu bertujuan menyediakan pengguna dengan pilihan premium yang lebih rendah sebagai pertukaran untuk berkongsi sebahagian daripada kos perubatan mereka.

“Peraturan itu mewajibkan syarikat insurans menawarkan pilihan pembayaran bersama dan memaklumkan kepada pengguna berhubung perkara itu.

“Langkah ini memberi lebih banyak pilihan kepada orang ramai, sama seperti memilih antara syarikat penerbangan tambang rendah dan sesuatu yang premium untuk perjalanan,” katanya.

Related Articles

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20
Ekonomi

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20

PETALING JAYA: Ringgit dijangka terus mengukuh dalam masa terdekat, berpotensi mencecah antara...

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan
Ekonomi

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan

PUTRAJAYA: Malaysia masih berada dalam kedudukan lebih baik berbanding negara serantau seperti...

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei
Ekonomi

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei

MICHAEL Chew (kiri) dan Hannah Yeoh (dua dari kanan) dalam majlis pelancaran...

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025
Ekonomi

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025

CHUA KIM SOONPETALING JAYA: Jumlah tuntutan pampasan yang dibayar oleh syarikat insurans...