Home Ekonomi Battersea Power Station dapat kelulusan untuk fasa pembangunan semula seterusnya
Ekonomi

Battersea Power Station dapat kelulusan untuk fasa pembangunan semula seterusnya

Gambar fail

KUALA LUMPUR, 2 Mei – Kebenaran perancangan telah diberikan untuk fasa pembangunan semula Battersea Power Station yang seterusnya di London, pencapaian penting dalam pembangunan seluas 16.99 hektar (42 ekar) itu.

Battersea Power Station Development Company (BPSDC) Ltd mengesahkan bahawa fasa baharu itu akan termasuk ruang kediaman, runcit, komuniti dan rekreasi, dengan kelulusan perancangan terperinci daripada Wandsworth Council.

“Fasa terkini ini menambah dua bangunan kediaman baharu yang direka oleh Gehry Partners terdiri daripada 306 unit,” menurut BPSDC dalam kenyataan.

Katanya pembangunan ini akan turut menampilkan Hab Komuniti seluas 15,000 kaki persegi dan mewujudkan lebih 400 pekerjaan, meningkatkan jumlah pekerjaan yang dijana kepada 6,800.

Kerja-kerja pembinaan dijangka bermula lewat tahun ini dan dijangka siap pada 2029.

Setakat ini, lebih 2,200 unit kediaman telah siap dan lebih 3,000 penduduk kini menetap di kawasan tersebut.

Pembangunan ini turut menyokong komuniti pejabat yang berkembang, dengan lebih 3,500 pekerja dari syarikat seperti Apple, SharkNinja dan IWG.

Battersea Power Station merupakan sebahagian daripada program pembangunan semula meliputi kawasan seluas 42 ekar di tebing selatan Sungai Thames. Apabila siap, projek ini dijangka mewujudkan lebih 20,000 pekerjaan, 4,000 unit kediaman dan 19 ekar ruang awam.

Pembangunan menyeluruh ini dimiliki oleh sebuah konsortium pelabur Malaysia yang terdiri daripada Sime Darby Property (40 peratus), S P Setia (40 peratus) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) (20 peratus). Aset komersial di Power Station kini dimiliki secara langsung oleh Permodalan Nasional Bhd (PNB) dan KWSP.

Projek ini diuruskan oleh BPSDC.

Maklumat lanjut, layari [www.batterseapowerstation.co.uk](http://www.batterseapowerstation.co.uk) dan ikuti @BatterseaPwrStn.-Bernama

Related Articles

Hektar REIT, Samaiden perkenal inisiatif kemampanan melalui tenaga solar
Ekonomi

Hektar REIT, Samaiden perkenal inisiatif kemampanan melalui tenaga solar

ZAINAL Iskandar Ismail (tiga dari kiri) bersama Chow Pur Hee (empat dari...

Pro-Net tingkat aksesibiliti poin pengecas EV
Ekonomi

Pro-Net tingkat aksesibiliti poin pengecas EV

ZHANG Qiang (tengah) pada majlis menandatangani perjanjian di Centre of Excellence Proton...

Uniten, GMT tubuh makmal geoteknolog
Ekonomi

Uniten, GMT tubuh makmal geoteknolog

KHAIRUL (empat dari kiri) dan Mustapha (empat dari kanan) pada majlis pemeteraian...

MAB Academy terima anugerah IATA dalam penggunaan VR
Ekonomi

MAB Academy terima anugerah IATA dalam penggunaan VR

AIDA Salfaraz Ahmad Fadzil mewakili MAB Academy menerima Anugerah Inovasi Pusat Latihan...