Home Ekonomi Bank Rakyat terbit Sukuk Kelestarian sulung RM500 juta
Ekonomi

Bank Rakyat terbit Sukuk Kelestarian sulung RM500 juta

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 17 Oktober – Bank Rakyat menerbitkan Sukuk Kelestarian sulungnya berjumlah RM500 juta.

Penerbitan kali ini merangkumi dua bahagian iaitu RM150 juta bagi tempoh lima tahun dan RM350 juta bagi tempoh tujuh tahun.

Penerbitan ini mendapat sambutan baik daripada pelbagai segmen pelabur dan telah diagihkan dalam kalangan pelabur institusi.

Hasil daripada penerbitan ini akan disalurkan bagi membiayai perniagaan dan projek secara langsung menyokong Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

Komitmen ini juga menyokong objektif bank sebagai institusi kewangan bertanggungjawab dan meningkatkan kesejahteraan sosioekonomi serta kelestarian alam sekitar.

Related Articles

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024
Ekonomi

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024

SYED MOHAMED SYED IBRAHIMPETALING JAYA: Kumpulan Johor Corporation (JCorp) pertumbuhan keuntungan sebelum...

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)
Ekonomi

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)

LAKARAN artis pembangunan komersial terbaharu, Nadi (Fasa 3A).PETALING JAYA: S P Setia...

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 
Ekonomi

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 

JAHABARNISA Haja Mohideen (tiga dari kanan) pada majlis pelancaran tiga model baharu...

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler
Ekonomi

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler

IXORA Ang (dua dari kiri) bersama Pengarah Urusan, Wilayah Selatan Tropicana, Ir....