Home Ekonomi Bank Islam, Takaful Malaysia perkukuh kerjasama sedia penyelesaian kewangan
Ekonomi

Bank Islam, Takaful Malaysia perkukuh kerjasama sedia penyelesaian kewangan

Bank Islam, Takaful Malaysia perkukuh kerjasama sedia penyelesaian kewangan

PETALING JAYA: Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) menandatangani perjanjian persefahaman dengan Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad (Takaful Malaysia) untuk memperkukuh kerjasama dalam menyediakan penyelesaian kewangan yang lebih baik kepada pelanggan.

Kerjasama jangka panjang ini bertujuan memberi peningkatan perlindungan kewangan kepada pelanggan Bank Islam.

Melalui tawaran produk takaful yang komprehensif dan mudah diakses yang diuruskan oleh Takaful Malaysia, pelanggan akan menikmati perlindungan yang lebih kukuh untuk keperluan kehidupan mereka.

Antaranya, ia termasuk produk Takaful mySmart Wealth Plus, Takaful myPrime Cover dan Takaful mySmart Legacy.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bank Islam, Datuk Mohd. Muazzam Mohamed, menjelaskan bahawa inisiatif ini adalah sebahagian daripada komitmen berterusan Bank Islam untuk menyediakan produk dan perkhidmatan patuh Syariah yang relevan dan inovatif.

“Pelanggan Bank Islam kini boleh mendapatkan produk takaful yang disediakan Takaful Malaysia melalui semua saluran jualan di cawangan-cawangan Bank Islam di seluruh negara,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Takaful Malaysia, Nor Azman Zainal berkata, Takaful Malaysia akan terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Bank Islam dengan menawarkan pelbagai pelan perlindungan patuh syariah dan menyeluruh kepada pelanggan.

“Kami yakin bahawa gabungan kepakaran dan sinergi bersama Bank Islam akan meningkatkan portfolio perniagaan kami dalam segmen takaful keluarga dan takaful am.

“Langkah ini sejajar dengan strategi perniagaan kami untuk meneroka peluang baharu dan memperluas jangkauan ke pasaran berpotensi. Kami berhasrat untuk menjadi peneraju takaful yang bukan sahaja memacu pertumbuhan ekonomi, tetapi juga memperkasakan masyarakat dengan solusi perlindungan yang lebih inklusif,” katanya.

Majlis menandatangani perjanjian perkhidmatan Bankatakaful ini diadakan semalam.

Turut diadakan, majlis berbuka puasa bersama asnaf terpilih seramai 51 orang dari sekitar Lembah Klang. Asnaf yangm diraikan berasal dari Pusat Jagaan Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim/Miskin Daerah Sabak Bernam dan Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras.

Sejumlah RM30,200 telah disalurkan dalam bentuk sumbangan, termasuk RM10,000 daripada dana zakat wakalah untuk kedua-dua rumah kebajikan serta RM10,200 yang disumbangkan kepada 51 asnaf yang menghadiri majlis ini. – UTUSAN

Related Articles

Ekonomi Malaysia berkembang 4.4 peratus suku pertama 2025
Ekonomi

Ekonomi Malaysia berkembang 4.4 peratus suku pertama 2025

MOHD. UZIR (kiri) dan Abdul Rasheed (kanan) membentangkan prestasi ekonomi Malaysia suku...

Rumah mampu milik gagal disebabkan faktor lokasi, mutu binaan
Ekonomi

Rumah mampu milik gagal disebabkan faktor lokasi, mutu binaan

RUMAH mampu milik perlu dibina dengan lokasi yang strategik serta mutu binaan...

Permintaan rumah mampu milik bawah RM500,000 terus dominasi pasaran
Ekonomi

Permintaan rumah mampu milik bawah RM500,000 terus dominasi pasaran

Pengurus PropertyGuru & iProperty, Kenneth Soh pada Laporan Kemampanan PropertyGuru Group 2024...

Sektor sarung tangan tempatan dijangka terkesan susulan perubahan tarif AS-China
Ekonomi

Sektor sarung tangan tempatan dijangka terkesan susulan perubahan tarif AS-China

PETALING JAYA: Sektor sarung tangan getah tempatan dijangka terjejas susulan pengurangan sementara...