Home Ekonomi Bank Islam lancar Kad Kredit-i Premier Wealth
Ekonomi

Bank Islam lancar Kad Kredit-i Premier Wealth

Bank Islam Malaysia Bhd menyasarkan sebanyak 800 langganan bagi produk baharu, Kad Kredit-i Bank Islam Mastercard World Premier Wealth / Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 18 Januari – Bank Islam Malaysia Bhd menyasarkan sebanyak 10 peratus bagi produk baharu, Kad Kredit-i Bank Islam Mastercard World Premier Wealth, menjelang akhir 2025.

Pengarah Pengurusan Kekayaan Bank Islam, Datin Zaharah Muttalib berkata kad eksklusif itu direka khas untuk memenuhi keperluan pelanggan mewah dengan Aset Di Bawah Pengurusan (AUM) bernilai RM250,000 dan ke atas.

“Premier Wealth adalah platform untuk pelanggan individu bernilai tinggi kami. Ia direka untuk menyediakan pelbagai kelebihan eksklusif dan keselesaan kepada pelanggan,” katanya pada majlis pelancaran kad tersebut.

Sebagai promosi istimewa, 200 pelanggan pertama yang memohon dan berbelanja sekurang-kurangnya RM500 sebelum 31 Mac 2025 akan menerima ganjaran 5,000 mata Enrich.

Pemegang kad akan menikmati pelbagai manfaat, termasuk lima kali akses tahunan ke lebih 200 ruang istirahat Plaza Premium di 37 negara, ganjaran TruPoints, termasuk tiga kali TruPoints untuk transaksi tanpa sentuh dan petrol, serta dua kali TruPoints untuk perbelanjaan di kedai fizikal luar negara.

Selain itu, perlindungan kemalangan perjalanan sehingga RM2 juta dan perlindungan Takaful Keluarga bernilai RM100,000 dan juga kemudahan tanpa caj kompaun kewangan.

Menurut Zaharah, program itu menjadikan Bank Islam satu-satunya institusi kewangan di Malaysia yang menawarkan program kesetiaan seperti TruPoints, yang boleh digunakan di lebih 100 juta peniaga Mastercard di Malaysia dan seluruh dunia.

Selain itu, pemegang kad boleh menggunakan aplikasi Pay with Rewards™ untuk menjejaki ganjaran, menebus TruPoints, dan menguruskan pilihan dengan mudah.

“Kad ini adalah langkah kami untuk memenuhi keperluan segmen pelanggan mewah sambil memberikan pengalaman premium dan ganjaran eksklusif,” tambah Zaharah.

Related Articles

Ekonomi

MGA galak pembelian barang kemas sebagai pelaburan jangka panjang

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 26 April- Persatuan Emas Malaysia (MGA) menyarankan orang ramai...

Ekonomi

Pelabur AS kekal komited, perkukuh aspirasi Malaysia jadi hab semikonduktor global

FOTO FB Tengku ZafrulKUALA LUMPUR, 26 April- Walaupun berdepan cabaran geopolitik dan...

Ekonomi

Malaysia perkukuh peranan sebagai hab halal global di Expo Osaka 2025

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 26 April- Malaysia kekal komited memperkukuh kerjasama antarabangsa serta...

Ekonomi

Pasaran getah kekal lengang, peniaga tumpu tambah stok minggu depan

Foto Hiasan / FailKUALA LUMPUR, 26 April – Pasaran getah Malaysia dijangka...