Home Ekonomi Bank Islam lancar kad kredit-i Mastercard World Premier Wealth
Ekonomi

Bank Islam lancar kad kredit-i Mastercard World Premier Wealth

Bank Islam lancar kad kredit-i Mastercard World Premier Wealth

MIZAN Masram (tengah) pada majlis pelancaran kad kredit-i Mastercard World Premier Wealth di Kuala Lumpur baru-baru ini.

PETALING JAYA: Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) memperkenalkan kad kredit-i Mastercard World Premier Wealth yang direka untuk memenuhi cita rasa khas pelanggan mewah (Premier Wealth) sebagai sebuah simbol kemewahan dan kecanggihan. 

Kad kredit eksklusif hanya melalui jemputan ini menyediakan gabungan unik keistimewaan dan manfaat yang kompetitif dan meliputi pengecualian yuran tahunan seumur hidup hingga ganjaran TruPoints yang menarik.

Sebagai tanda penghargaan kepada para pelanggan kad mewah atas sokongan dan kepercayaan mereka, bank menyediakan ganjaran 5,000 mata Enrich kepada 200 pelanggan

terawal yang memohon dan membuat perbelanjaan bernilai minimum RM500 sebelum 31 Mac 2025. 

Ketua Pegawai Perniagaan Kumpulan Perbankan Runcit Kumpulan Bank Islam, Mizan Masram berkata, sebagai peneraju perbankan Islam Malaysia, Bank Islam komited untuk menyediakan penyelesaian kewangan patuh syariah komprehensif bagi memenuhi keperluan pelanggan yang sentiasa berkembang. 

“Kad kredit-i Bank Islam Mastercard World Premier Wealth mencerminkan komitmen kami terhadap perkhidmatan unggul dan sokongan berterusan dalam menyokong perjalanan kewangan pelanggan. 

“Dengan mengintegrasikan perkhidmatan pengurusan kekayaan Bank Islam, kami memastikan pengalaman yang lancar dan memuaskan bagi pelanggan perbankan mewah kami,” katanya dalam kenyataan.

Bank Islam berkata, pemegang kad boleh menikmati pelbagai manfaat eksklusif termasuk lima kali akses di lebih 200 ruang istirahat Plaza Premium di 37 negara di seluruh dunia pada setiap tahun, perlindungan kemalangan perjalanan sehingga RM2 juta dan perlindungan takaful keluarga bernilai sehingga RM100,000.

Tambahnya, kad ini direka khas untuk pelanggan dengan Aset Di Bawah Pengurusan (AUM) sebanyak RM250,000.

Bank Islam menyasarkan untuk meningkatkan pengurusan kekayaan dan portfolio kadnya sebanyak 10 peratus pada 2025 melalui pengenalan kad kredit-i Mastercard World Premier Wealth.-UTUSAN

Related Articles

Tabung Haji dijangka umum kadar dividen lebih kompetitif
Ekonomi

Tabung Haji dijangka umum kadar dividen lebih kompetitif

PETALING JAYA: Lembaga Tabung Haji dijangka mampu mengumumkan kadar dividen yang kompetitif...

Pasaran hartanah dijangka berkembang positif pada kadar perlahan
Ekonomi

Pasaran hartanah dijangka berkembang positif pada kadar perlahan

PROSPEK sektor hartanah terus disokong oleh statistik yang lebih baik termasuk jumlah...

AEON Bank perkenal PF-i patuh syariah, 100 peratus digital
Ekonomi

AEON Bank perkenal PF-i patuh syariah, 100 peratus digital

PETALING JAYA: AEON Bank (M) Berhad (AEON Bank) mengumumkan pelancaran Pembiayaan Peribadi-i...

Ekonomi

Ketakutan ketinggalan punca belia berbelanja berlebihan

Sikap ingin memiliki sesuatu dengan segera dan takut ketinggalan menjadi faktor utama...