Home Ekonomi Bank Islam, bank pertama diiktiraf sebagai penasihat kewangan hijau
Ekonomi

Bank Islam, bank pertama diiktiraf sebagai penasihat kewangan hijau

Bank Islam, bank pertama diiktiraf sebagai penasihat kewangan hijau

PETALING JAYA: Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) menjadi bank pertama di Malaysia yang melahirkan 86 Penasihat Kewangan Hijau Bertauliah (CGFA) dan mengukuhkan komitmen terhadap kelestarian melalui program latihan komprehensif yang dibangunkan bersama Asian Banking School (ABS).

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bank Islam, Datuk Mohd Muazzam Mohamed berkata, program CGFA memberi keutamaan kepada pegawai yang berurusan secara langsung dengan pelanggan dan penganalisis kredit.

Katanya, ini bagi memperkasakan penyampaian penyelesaian pembiayaan hijau yang mampan dan selaras dengan matlamat ekonomi serta alam sekitar jangka panjang.

“Pada Jumaat lalu, seramai 86 kakitangan Bank Islam berjaya menamatkan latihan CGFA berstruktur dalam pembiayaan mampan yang bermula sejak 2022.

“Kakitangan yang terdiri daripada penasihat pelanggan dan penganalisis kredit kini dilengkapi kemahiran untuk menyediakan penyelesaian pembiayaan hijau terbaik bagi menyokong pembangunan mampan serta memberikan impak positif kepada alam sekitar.

“Program ini akan memberikan manfaat besar dengan memastikan keberkesanan dan aplikasi CGFA dalam bidang utama seperti penilaian dan nasihat kepada pelanggan, pengurusan risiko dan penilaian wajar, panduan mengenai insentif, penyusunan produk kewangan mampan serta meningkatkan kesedaran dan membina keupayaan,” katanya dalam kenyataan.

Majlis graduasi disaksikan oleh Pengarah Latihan Perbankan Komersial ABS, Dr Lim Guan Chye dan Ketua Pegawai Sumber Manusia Kumpulan Bank Islam, Iskandar Shah Zulkarnain.

Mohd Muazzam berkata, latihan daripada ABS telah melengkapkan kakitangan dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk membimbing pelanggan mencapai matlamat kewangan menerusi pendekatan pembiayaan mampan.

Dalam pada itu, Guan Chye berkata, ABS merakamkan penghargaan kepada Bank Islam atas peluang untuk menjalinkan kerjasama dalam program pensijilan pertama seumpama ini.

“Pencapaian ini membuktikan komitmen Bank Islam terhadap masa depan yang mampan dan menyerlahkan peranan penting bank dalam memacu inistiatif pemuliharaan alam sekitar dalam sektor kewangan.

“Ia juga mencerminkan komitmen Bank Islam memastikan kemahiran kakitangan sentiasa dipertingkatkan dan manfaat pembelajaran yang berterusan,’’ ujarnya.

Komitmen Bank Islam adalah untuk terus memperkasakan kemahiran tenaga kerjanya dalam bidang kelestarian serta memperluaskan produk kewangan hijau dan mampan, di samping memperkukuhkan dedikasinya terhadap impak positif jangka panjang.

Setakat 30 Jun 2024, Bank Islam telah mencatatkan RM47.7 bilion dalam pembiayaan hijau, sekali gus melepasi sasaran awal RM4 bilion menjelang 2025 bagi menyokong pertumbuhan hijau. – UTUSAN

Related Articles

Ekonomi

Ringgit dibuka rendah, kesan jangkaan Trump ubah pendirian tarif

Foto FailKUALA LUMPUR, 24 April– Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat...

IMF semak turun unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia kepada 4.1 peratus
Ekonomi

IMF semak turun unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia kepada 4.1 peratus

IMF menyemak turun pertumbuhan ekonomi negara kepada 4.1 peratus tahun ini. –...

Cadangan kenaikan caj pelabuhan berfasa, tidak membebankan
Ekonomi

Cadangan kenaikan caj pelabuhan berfasa, tidak membebankan

CADANGAN kenaikan caj pelabuhan secara berfasa dijangka tidak membebankan industri. – GAMBAR...

Ekonomi

Harga petrol, diesel tidak berubah hingga 30 April

FOTO HIASAN / LivevarthaKUALA LUMPUR, 23 April- Harga runcit petrol RON97 dan...