Home Ekonomi Bakal Disenarai Di Pasaran ACE, Elridge Energy Sasar Kumpul RM101.5 Juta Daripada IPO
Ekonomi

Bakal Disenarai Di Pasaran ACE, Elridge Energy Sasar Kumpul RM101.5 Juta Daripada IPO

Bakal Disenarai Di Pasaran ACE,  Elridge Energy Sasar Kumpul RM101.5 Juta Daripada IPO

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Livevartha) — Elridge Energy Holdings Bhd (EEHB), yang akandisenaraikan di Pasaran ACEBursa Malaysia pada 22 Ogos, menyasarkan untuk mengutipRM101.5 juta daripada tawaran awam permulaannya (IPO).

EEHB ialah sebuah syarikat pemegangan pelaburan. Anak syarikat milik penuhnya,Bio Eneco Sdn Bhd mengkhususkepadapembuatan dan perdagangan produk bahan api biojisim, dengan tumpuan pada tempurungisirung sawit dan pelet kayu.

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Oliver Yeo berkata penyenaraian itu penting bagi syarikat untuk meningkatkan keupayaan, mengembangkan operasiserantaunya dan mencipta nilai yang besar untuk pihak berkepentingan.

“Ia membolehkan kami memanfaatkanpangkalan pelanggan baharu, mengukuhkan kedudukan kami sebagai peneraju dalam sektor tenaga boleh baharu, dan mengupayakan kami mewujudkan sebuah hab bagi produk bahan api biojisim,” katanya ketika berucappada pelancaran prospektus syarikat itu hari ini.

Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, Yeo berkata berdasarkan harga terbitan 0.29 sen sesaham dan modal saham yang diperbesarkan sebanyak dua juta saham, EEHB akan mempunyai permodalan pasaran RM580 juta selepas penyenaraian.

"Tawaran untuk penjualan 350 juta saham biasa sedia ada akan disediakan kepada pelabur terpilih melalui tawaran sahampersendirian," katanya.

Beliau berkatadaripada jumlah hasil itu, RM47.0 juta akan digunakan untuk pengambilan tanah dan membina kilang serta gudang baharu di Kuantan, Pahang; RM21.1 juta untuk membeli mesin dan peralatan; RM27 juta untuk modal kerja dan RM6.3 juta untuk membiayai perbelanjaan penyenaraian.

Pengarah Eksekutif dan pengarah kewangan Salihudin Mohd Razali dalam pada itu berkata berhubung rancangan pembesaran syarikatdi Kuantan, usaha itu akan meningkatkan kapasiti tahunan sebanyak kira-kira 240,000 tan.

Kuantan dipilih kerana lokasinya yang berhampiran dengan pelabuhan, yang akan memudahkan pengeksportan produk syarikat, katanya.

Related Articles

Tabung Haji dijangka umum kadar dividen lebih kompetitif
Ekonomi

Tabung Haji dijangka umum kadar dividen lebih kompetitif

PETALING JAYA: Lembaga Tabung Haji dijangka mampu mengumumkan kadar dividen yang kompetitif...

Pasaran hartanah dijangka berkembang positif pada kadar perlahan
Ekonomi

Pasaran hartanah dijangka berkembang positif pada kadar perlahan

PROSPEK sektor hartanah terus disokong oleh statistik yang lebih baik termasuk jumlah...

AEON Bank perkenal PF-i patuh syariah, 100 peratus digital
Ekonomi

AEON Bank perkenal PF-i patuh syariah, 100 peratus digital

PETALING JAYA: AEON Bank (M) Berhad (AEON Bank) mengumumkan pelancaran Pembiayaan Peribadi-i...

Ekonomi

Ketakutan ketinggalan punca belia berbelanja berlebihan

Sikap ingin memiliki sesuatu dengan segera dan takut ketinggalan menjadi faktor utama...