Home Ekonomi Atrium REIT Managers Umum Persaraan CEO Berkuat Kuasa 31 Ogos
Ekonomi

Atrium REIT Managers Umum Persaraan CEO Berkuat Kuasa 31 Ogos

Atrium REIT Managers Umum Persaraan CEO Berkuat Kuasa  31 Ogos

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Livevartha) — Atrium REIT Managers Sdn Bhd mengumumkan persaraan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Chan Kum Chong, berkuat kuasa 31 Ogos 2024 untuk menumpukan perhatian kepada perkara peribadi.

Atrium REIT Managers adalah pengurus Atrium Real Estate Investment Trust (REIT).

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Atrium REIT Managers berkata Ketua Pegawai Kewangannya (CFO) Lee Hooi Hong telah dinamakan dan dilantik sebagai pemangku CEO, berkuat kuasa 1 Sept 2024.

"Pelantikan ini akan memastikan penggantian kepimpinan yang lancar memandangkan Lee telah menjadi CFO syarikat sejak 2007.

“Bersandarkan pengalamannya selama 30 tahun dalam perakaunan dan pengurusan kewangan, kami yakin Atrium REIT akan terus mencatat pertumbuhan jangka masa panjang dari segi agihan dan nilai aset bersih seunit,” katanya.

Menurut syarikat, Lee akan terus memantau fungsi jabatan kewangan selain tanggungjawab baharunya sebagai pemangku CEO untuk memastikan kelancaran peralihan dan kesinambungan kepimpinan syarikat.

Sementara itu, Chan telah berkhidmat dengan syarikat sejak 2007 dan memegang jawatan CEO bermula 2010.

Di bawah kepimpinan beliau, jumlah aset Atrium REIT meningkat daripada RM182.3 juta pada awal 2010 kepada RM643.9 juta pada akhir 2023 atau kenaikan kira-kira 350 peratus dalam tempoh 14 tahun.

— Livevartha

Related Articles

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20
Ekonomi

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20

PETALING JAYA: Ringgit dijangka terus mengukuh dalam masa terdekat, berpotensi mencecah antara...

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan
Ekonomi

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan

PUTRAJAYA: Malaysia masih berada dalam kedudukan lebih baik berbanding negara serantau seperti...

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei
Ekonomi

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei

MICHAEL Chew (kiri) dan Hannah Yeoh (dua dari kanan) dalam majlis pelancaran...

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025
Ekonomi

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025

CHUA KIM SOONPETALING JAYA: Jumlah tuntutan pampasan yang dibayar oleh syarikat insurans...