Wednesday , 12 February 2025
Home Ekonomi ASM 3 umum agih pendapatan 4.75 sen seunit 
Ekonomi

ASM 3 umum agih pendapatan 4.75 sen seunit 

ASM 3 umum agih pendapatan 4.75 sen seunit 

AGIHAN pendapatan bagi ASM 3.

PETALING JAYA: Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 4.75 sen seunit kepada pemegang unit dana harga tetapnya, Amanah Saham Malaysia 3 (ASM 3) bagi tahun kewangan berakhir 30 September 2024. 

Syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) itu berkata, pembayaran pengagihan pendapatan berjumlah RM837.89 juta yang akan memanfaatkan 650,487 pemegang unit yang kini memiliki 17.64 bilion unit. 

Katanya, pengagihan pendapatan sebanyak 4.75 sen seunit mengatasi penanda aras pulangan Deposit Tetap 12 Bulan Maybank pada paras 2.69 peratus sebanyak 206 mata asas bagi tahun kewangan sehingga 24 September 2024. 

“Pendapatan ASM 3 diperoleh daripada keuntungan yang direalisasikan, dividen serta sumber pendapatan lain daripada pelaburan domestik dan antarabangsa. Tahun ini ASM 3 telah merekodkan RM820.32 juta pendapatan bersih terealisasi. 

“Dana tersebut juga telah mengekalkan strategi kepelbagaiannya, mengambil manfaat daripada peningkatan keyakinan dalam pasaran ekuiti tempatan dan trend positif dalam pasaran global, yang dipacu oleh kemajuan teknologi,” katanya dalam kenyataan.-UTUSAN

Related Articles

SFZ buka peluang pertumbuhan sektor kewangan
Ekonomi

SFZ buka peluang pertumbuhan sektor kewangan

BANGUNAN Pusat Kewangan Forest City Fasa 1 yang turut dikenali sebagai Menara...

Kerajaan peruntuk RM4 juta insentif anak pokok koko
Ekonomi

Kerajaan peruntuk RM4 juta insentif anak pokok koko

JOHARI ABDUL GHANIPETALING JAYA: Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM4 juta insentif anak pokok...

Ekonomi

Kadar pengangguran rendah cermin keteguhan pasaran buruh

Kadar pengangguran yang rendah pada Disember 2024 mencerminkan keteguhan pasaran buruh Malaysia...

Ekonomi

Malaysia, China perkukuh kerjasama pelancongan

Presiden MATA, Datuk Seri Dr. Mohd Khalid Harun (kiri) pada majlis menandatangani...