Tuesday , 31 December 2024
Home Ekonomi Aset tetap ekonomi terkumpul negara meningkat kepada RM5.6 trilion pada 2023
Ekonomi

Aset tetap ekonomi terkumpul negara meningkat kepada RM5.6 trilion pada 2023

Aset tetap ekonomi terkumpul negara meningkat kepada RM5.6 trilion pada 2023

GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA: Stok Modal Kasar (SMK), yang mewakili modal terkumpul aset tetap dalam negara mencatatkan nilai RM5.6 trilion dengan pertumbuhan sebanyak 3.0 peratus pada tahun 2023.

Pada masa yang sama, Stok Modal Bersih (SMB), yang menunjukkan aset ekonomi Malaysia, merekodkan RM3.5 trilion, demikian laporan oleh Perangkaan Stok Modal 2023, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). 

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, SMB terus berkembang sebanyak 2.9 peratus pada 2023 berbanding 2.4 peratus pada tahun sebelumnya, sejajar dengan pertumbuhan Pembentukan Modal Tetap Kasar (PMTK) yang mencatatkan 5.5 peratus pada tahun ini. 

“Perkembangan SMB ini dipengaruhi oleh pertumbuhan yang lebih baik di semua sektor kecuali sektor pertanian, yang bertumbuh pada kadar lebih perlahan iaitu 0.4 peratus berbanding 0.6 peratus pada tahun 2022,” katanya dalam kenyataan. 

Sementara itu, beliau menambah, SMB mengikut jenis aktiviti ekonomi sebahagian besarnya adalah daripada sektor perkhidmatan yang bertumbuh pada 3.5 peratus dan kekal sebagai penyumbang terbesar (69.0 peratus) berbanding aktiviti ekonomi lain, mencapai RM2.4 trilion pada tahun 2023. 

“Aktiviti kewangan, insurans, hartanah dan perniagaan merupakan penyumbang terbesar dengan 33.1 peratus, diikuti oleh aktiviti pengangkutan dan penyimpanan serta maklumat dan komunikasi dan utiliti yang masing-masing mencatatkan 19.3 peratus dan 10.5 peratus.

“Seterusnya, sektor pembuatan meningkat sebanyak 3.2 peratus dan menyumbang 11.8 peratus kepada jumlah SMB dengan nilai RM408.0 bilion. 

“Sumbangan ini didominasi oleh produk petroleum, kimia, getah dan plastik sebanyak 36.3 peratus yang meningkat pada kadar 3.4 peratus berbanding 2.9 peratus pada tahun sebelumnya,” katanya. 

Mohd. Uzir berkata, produk elektrik, elektronik dan optik menyumbang 32.9 peratus dengan pertumbuhan sebanyak 2.8 peratus berbanding pada 2022, 2.2 peratus) 

“Ia diikuti oleh makanan, minuman dan tembakau yang menyumbang 11.2 peratus, berkembang 7.0 peratus berbanding 2022 sebanyak, 6.1 peratus,” katanya. 

Selain itu, SMB untuk sektor perlombongan dan pengkuarian meningkat marginal sebanyak 0.3 peratus daripada negatif 0.01 peratus pada tahun sebelumnya. 

“Sektor pembinaan berkembang pada kadar yang sama iaitu 3.4 peratus bagi kedua-dua tahun, manakala sektor pertanian berkembang dengan lebih perlahan disebabkan oleh pengurangan pelaburan dalam penanaman modal sejak tahun 2015,” katanya. 

Mohd Uzir menambah, semua jenis aset untuk SMB meningkat tahun ini berbanding 2022. 

“Struktur terus mendominasi SMB dengan sumbangan sebanyak 81.1 peratus, berkembang sebanyak 3.1 peratus pada tahun 2023 berbanding 2022, 2.7 peratus. 

“Aset jentera dan peralatan menyumbang 10.9 peratus, meningkat 2.8 peratus berbanding 1.6 peratus pada tahun sebelumnya. 

“Sementara itu, aset lain menyumbang 8.0 peratus dengan pertumbuhan sebanyak 1.0 peratus pada tahun 2023 berbanding, 2022, 0.8 peratus. Komposisi aset Malaysia adalah serupa dengan negara-negara lain seperti Australia, Korea Selatan dan Singapura,” katanya. 

Mohd. Uzir berkata, dari segi intensiti modal, sektor perlombongan dan pengkuarian adalah yang paling intensif modal berbanding dengan sektor-sektor lain, sementara sektor pertanian kekal lebih rendah daripada intensiti modal nasional. 

“Nisbah intensiti modal mengukur jumlah modal yang diperlukan berbanding dengan bilangan pekerja. 

“Secara umum, intensiti modal yang tinggi menunjukkan bahawa sesebuah industri memerlukan jumlah aset yang lebih besar bagi setiap pekerja,” katanya.-UTUSAN

Related Articles

Bungkus Kaw Kaw sasar halal semua cawangan 
Ekonomi

Bungkus Kaw Kaw sasar halal semua cawangan 

BUNGKUS Kaw Kaw telah memperoleh pensijilan halal di 20 cawangannya ketika ini.PETALING...

Ekonomi

Thailand, Malaysia sasar perdagangan US$30 bilion menjelang 2027

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 28 Disember – Malaysia dan Thailand mengukuhkan hubungan bilateral...

Ekonomi

Khazanah umum pelaburan RM1 bilion, sokong teknologi IR4.0 dan PKS

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 28 Disember – Khazanah Nasional Bhd (Khazanah), melalui...

Ekonomi

Ringgit dijangka lemah semasa dagangan lengang minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 28 Disember- Ringgit dijangka menunjukkan penurunan minggu depan ketika...