Home Ekonomi Aset Rizab Rasmi Malaysia US$113.82 Bilion Pada Akhir Jun 2024 – BNM
Ekonomi

Aset Rizab Rasmi Malaysia US$113.82 Bilion Pada Akhir Jun 2024 – BNM

Aset Rizab Rasmi Malaysia US3.82 Bilion Pada Akhir Jun 2024 – BNM

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Livevartha) — Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah US$113.82 bilion (US$1=RM4.61) manakala aset mata wang asing lain US$513.4 juta pada akhir Jun 2024, kata Bank Negara Malaysia (BNM).

Dalam kenyataannya, bank pusat itu berkata butiran terperincirizab antarabangsa memberi maklumat akan datang mengenai saiz, komposisi dan kebolehgunaan rizabdan aset mata wang asing lain yang mengikut format Special Data Dissemination Standard (SDDS) Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Pada masa sama, ini turut memberi jangkaan dan prospek aliran masuk dan keluar pertukaran asing bagi Kerajaan Persekutuan dan BNM untuk tempoh 12 bulan akan datang.

“Secara keseluruhannya, butiran terperinci rizab antarabangsa mengikut format SDDS IMF menunjukkan rizab antarabangsa Malaysia pada akhirJun 2024 tetap boleh guna,” katanya.

BNM berkata bagi tempoh 12 bulan akan datang, aliran keluar jangka pendek yang telah dikenal pasti bagi pinjaman, sekuriti dan deposit mata wang asing.

Ini antara lainnya termasuk pembayaran balik berjadual peminjaman luar negaraoleh kerajaan dan kematangan Bil Antara Bank dalam mata wang asing Bank Negara berjumlahUS$14.68 bilion.

Kedudukan jualan hadapan bersih adalah sebanyakUS$27.82bilion pada akhir Jun2024, mencerminkan pengurusan mudah tunai ringgit dalam pasaran wang.

Sejajar dengan amalan yang diterima pakai sejak April 2006, BNM berkata data ini tidak termasuk unjuran aliran masuk mata wang asing daripada pendapatan faedah dan pengeluaran pinjaman projek serta unjuran aliran masuk mata wang asing berjumlah US$2.48bilion bagi tempoh 12 bulan akan datang.

BNM berkata satu-satunya aliran keluar bersih jangka pendek kontingensi bagi aset mata wang asing ialah jaminan kerajaan terhadap hutang luar negaradalam mata wang asing yang akan matang dalam tempoh setahunberjumlahUS$400.8 juta.

Related Articles

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion
Ekonomi

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion

PETALING JAYA: Jumlah pelaburan komited Ekuiti Nasional Bhd. (Ekuinas) bagi tahun kewangan...

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan
Ekonomi

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan

FADILLAH Yusof semasa ucaptama di Majlis Peluncuran Laporan Interim Banci Pertanian 2024...

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau
Ekonomi

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau

TENGKU ZAFRUL ABDUL AZIZKUALA LUMPUR: ASEAN boleh menjana tambahan AS$300 bilion (RM1.27...

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat
Ekonomi

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Rasionalisasi subsidi bahan api RON95 mungkin akan ditunda ke...