Home Ekonomi ASEAN perlu bergerak cari penyelesaian isu tarif
Ekonomi

ASEAN perlu bergerak cari penyelesaian isu tarif

ASEAN perlu bergerak cari penyelesaian isu tarif

ANWAR Ibrahim hadir Persidangan Pelaburan ASEAN 2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini. – GAMBAR/FARIZ RUSADIO

KUALA LUMPUR: ASEAN perlu bergerak secara bersama sebagai satu blok ekonomi yang besar untuk mencari penyelesaian dalam kemelut tarif ketika ini, menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, negara-negara anggota itu sentiasa terbuka untuk melakukan pelarasan atau pembetulan jika terdapat keperluan untuk berbuat demikian dalam isu tarif timbal balas oleh Amerika Syarikat (AS) itu.

Katanya, ASEAN sudah tentu menyokong perdagangan bebas melalui mekanisme seperti Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).

“Jika ada keperluan untuk melakukan pelarasan atau pembetulan, kita sentiasa terbuka untuk melakukannya.

“Oleh itu, kita semua tanpa pengecualian menyuarakan rasa tidak setuju dan tidak puas hati terhadap keputusan unilateral oleh AS ini. Walaupun begitu, saya pernah tegaskan bahawa kita tidak seharusnya mengamalkan ‘megaphone diplomacy’.

“Penyelesaiannya seharusnya melalui pembabitan yang lebih efektif secara bersama sebagai ASEAN,” katanya pada media di luar Mesyuarat Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat ASEAN ke-12 di sini, hari ini.

Sementara itu, beliau berharap isu tarif AS ini dapat diselesaikan secara baik.

“Namun begitu, kita juga menegaskan bahawa hubungan kita dengan negara jiran lain, termasuk China, akan terus berjalan.

“Kita menanti-nantikan lawatan Presiden Xi Jinping minggu hadapan dan saya tentunya memberikan penghormatan penuh kepada beliau sebagai rakan dagang dan perniagaan yang penting,” katanya.

Tambah beliau, semua negara ASEAN mencapai kata sepakat mengenai perkara itu dengan menteri-menteri perdagangan dan kewangan telah mengeluarkan kenyataan bersama yang menekankan keperluan untuk meningkatkan kepentingan bersama dalam perdagangan, pelaburan serta kerjasama dalam bidang digital dan tenaga.

“Pada masa yang sama, kita juga mengambil pendirian bersama bahawa semua negara termasuk AS perlu menghormati peraturan perdagangan berasaskan undang-undang,” katanya. – UTUSAN

Related Articles

Rumah mampu milik gagal disebabkan faktor lokasi, mutu binaan
Ekonomi

Rumah mampu milik gagal disebabkan faktor lokasi, mutu binaan

RUMAH mampu milik perlu dibina dengan lokasi yang strategik serta mutu binaan...

Permintaan rumah mampu milik bawah RM500,000 terus dominasi pasaran
Ekonomi

Permintaan rumah mampu milik bawah RM500,000 terus dominasi pasaran

Pengurus PropertyGuru & iProperty, Kenneth Soh pada Laporan Kemampanan PropertyGuru Group 2024...

Sektor sarung tangan tempatan dijangka terkesan susulan perubahan tarif AS-China
Ekonomi

Sektor sarung tangan tempatan dijangka terkesan susulan perubahan tarif AS-China

PETALING JAYA: Sektor sarung tangan getah tempatan dijangka terjejas susulan pengurangan sementara...

STR, bantuan khas perayaan dorong peningkatan jualan RM154 bilion
Ekonomi

STR, bantuan khas perayaan dorong peningkatan jualan RM154 bilion

Orang ramai menjadikan Kompleks Sogo salah satu pusat beli belah utama untuk...