Home Ekonomi ASEAN Di Trajektori Positif Muncul Ekonomi Keempat Terbesar Dunia Menjelang 2030
Ekonomi

ASEAN Di Trajektori Positif Muncul Ekonomi Keempat Terbesar Dunia Menjelang 2030

ASEAN Di Trajektori Positif Muncul Ekonomi Keempat Terbesar Dunia Menjelang 2030

Oleh Mikhail Raj Abdullah

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Livevartha) – ASEANberada dalam lingkungan trajektori positif untuk muncul sebagai ekonomi keempat terbesar dunia menjelang 2030 berbanding kelima pada masa ini,susulan persekitaran makroekonomiyang progresif serta signifikan.

Timbalan Setiausaha Agung Komuniti Ekonomi ASEAN Satvinder Singh berkata ini termasuk keluaran dalam negara kasar (KDNK) yang melonjak 51 peratus kepada US$3.8 trilion pada tahun lepas berbanding US$2.5 trilion (US$1=RM4.47) pada 2015.

Malah, inidiperkukuhkan lagi oleh faktor perdagangan serantau yang melonjak kepada US$3.5 trilion pada 2023 daripada US$2.3 trilion pada 2015 dan membantu meningkatkan pendapatan per kapita dengan ketara.

Keadaan ituturut mencerminkan komitmen berterusan ASEAN untuk muncul sebagai rantau ekonomi terbuka bagi perdagangan dan pelaburan globalyang pesat, katanya ketika menyampaikan ucaptama pada persidangan ‘Wawasan 2045: EraASEAN’ anjuran Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) hari ini.

Acara itu dianjurkan bersama oleh Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN dan Boston Consulting Group.

“Kita adalah antara beberapa rantau di dunia dengan perdagangan yang hampir sebesar KDNK (dan) komponen terbesar perdagangan bukannya dengan China atau Amerika Syarikat, tetapi intra Asia yang mencecah hampirUS$800 trilion.

“Apa yangkita cuba katakan adalah seiring pertumbuhan sebagai komponen terbesar perdagangan, kita juga banyak berkembang dari segi dagangan dengan pelosok lain dunia,” katanya.

Beliau juga menyifatkan aspek itu sebagai keunikan ekonomi atau negara-negara dalam blok ASEAN, tidak sepertimana Kesatuan Eropah (EU) dan Wilayah Perdagangan Bebas Amerika Utara apabila “mereka lebih gemar untuk berdagang sesama sendiri.”

Related Articles

Purata gaji dan upah pekerja naik kepada RM3,332 sebulan pada 2022
Ekonomi

Purata gaji dan upah pekerja naik kepada RM3,332 sebulan pada 2022

PETALING JAYA: Purata gaji dan upah bulanan pekerja pada 2022 adalah sebanyak...

IFIRST Bank Islam perkasa PKS, syarikat sederhana ke arah ekonomi hijau
Ekonomi

IFIRST Bank Islam perkasa PKS, syarikat sederhana ke arah ekonomi hijau

MOHD. Muazzam Mohamed (tiga dari kanan) bersama Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, Datuk...

Sektor pembinaan terus rancak dipacu projek infrastruktur awam
Ekonomi

Sektor pembinaan terus rancak dipacu projek infrastruktur awam

PROJEK LRT Pulau Pinang adalah projek infrastruktur terbesar yang dilaksanakan pentadbiran Kerajaan...

Rundingan perdagangan Malaysia-AS sentuh kestabilan pelaburan E&E
Ekonomi

Rundingan perdagangan Malaysia-AS sentuh kestabilan pelaburan E&E

PETALING JAYA: Rundingan tarif antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) bukan sekadar...