Home Ekonomi AmInvest terima anugerah Inisiatif ESG Terbaik
Ekonomi

AmInvest terima anugerah Inisiatif ESG Terbaik

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 12 Februari- AmInvest diiktiraf sebagai Inisiatif ESG Terbaik di Anugerah CorporateTreasurer 2024.

Menerusi kenyataan, institusi kewangan itu memberitahu pengiktirafan tersebut menggambarkan komitmennya terhadap alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dan menyerlahkan impak besar syarikat dalam menggalakkan kewangan mampan.

Anugerah berkenaan menggambarkan dedikasi syarikat kewangan itu dalam menerapkan prinsip-prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus dalam proses-proses pelaburan.

Usaha berterusan itu bukan sahaja memacu prestasi kewangannya yang kukuh, malah turut mendorong impak positif ke atas masyarakat dan alam sekitar.

Pengiktirafan tersebut diberi berdasarkan tiga kriteria iaitu inovasi dan inisiatif dalam tempoh anugerah, impak perniagaan untuk pelanggan dan impak ke atas pembangunan positif pasaran yang lebih luas.

Related Articles

Pertumbuhan ekonomi berisiko lebih rendah tahun ini
Ekonomi

Pertumbuhan ekonomi berisiko lebih rendah tahun ini

PERTUMBUHAN keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia berisiko lebih rendah tahun ini....

CIMB umum komitmen RM10 bilion lonjak pertumbuhan JS-SEZ
Ekonomi

CIMB umum komitmen RM10 bilion lonjak pertumbuhan JS-SEZ

PETALING JAYA: CIMB Group Holdings Berhad (CIMB) komited dalam kemudahan pembiayaan sebanyak...

Ekonomi

Emas ditutup tinggi susulan ketidaktentuan politik, ekonomi global

Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin...

Ekonomi

PEOPLElogy Bhd sedia tersenarai di Bursa Malaysia 20 Mei ini

PEOPLElogy Bhd mengesahkan komitmennya untuk meneruskan rancangan penyenaraian di Pasaran ACE Bursa...