Home Ekonomi Ambank jangka ekonomi tumbuh kepada 4.6 peratus pada 2025
Ekonomi

Ambank jangka ekonomi tumbuh kepada 4.6 peratus pada 2025

Foto Media Sosial

KUALA LUMPUR, 24 Januari– Kumpulan AmBank jangka pertumbuhan ekonomi Malaysia menyederhana kepada 4.6 peratus, tahun ini.

Ketua Ahli Ekonominya, Firdaos Rosli berkata pertumbuhan akan disokong projek infrastruktur, realisasi pelaburan swasta dan penggunaan swasta yang kukuh.

\”Kami berpendapat bahawa pelaburan swasta akan terus kukuh sebanyak 8.4 peratus tahun ini berbanding dua angka tahun lepas.

Jadi, momentum ini mungkin akan berterusan dan akan menyokong pertumbuhan Malaysia pada 2025,\” kata Firdaos kepada pemberita, hari ini.

Firdaos berkata demikian dalam taklimat media Tinjauan Makroekonomi Kumpulan Ambank.

Pertumbuhan pelaburan akan disokong pelbagai insiatif berterusan di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).

Sementara itu, sektor eksport dijangka mendapat rangsangan sementara didorong aktiviti pembelian awal, menjelang jangkaan pelaksanaan tarif baharu Amerika Syarikat (AS).

Kadar inflasi pula diramal pada purata antara 2.5 hingga tiga peratus tahun ini, selaras julat unjuran rasmi antara dua hingga 3.5 peratus.

Related Articles

Gas Malaysia beri bantuan mangsa letupan Putra Heights
Ekonomi

Gas Malaysia beri bantuan mangsa letupan Putra Heights

MOHAMAD Farid Ghazali (kiri) menyampaikan replika cek sumbangan kepada Haniff Zainal Abidin...

Proton X50 baharu diperkenalkan pada media
Ekonomi

Proton X50 baharu diperkenalkan pada media

PROTON X50 baharu.PETALING JAYA: Proton Holdings Berhad (Proton) memperkenalkan Proton X50 terbaharu...

Kerajaan timbang undang-undang khusus kawal selia AI – Gobind
Ekonomi

Kerajaan timbang undang-undang khusus kawal selia AI – Gobind

GOBIND SINGH DEOKUALA LUMPUR: Kerajaan dalam proses meneliti keperluan untuk menggubal undang-undang...

Takaful Ikhlas perluas akses takaful kepada pekerja Prasarana
Ekonomi

Takaful Ikhlas perluas akses takaful kepada pekerja Prasarana

WAN Ahmad Najib Wan Ahmad Lotfi (dua kanan) bergambar bersama wakil-wakil syarikat...