Home Ekonomi Alliance Bank Unjur Pertumbuhan Pinjaman 8.0-10 Peratus Bagi TK2025
Ekonomi

Alliance Bank Unjur Pertumbuhan Pinjaman 8.0-10 Peratus Bagi TK2025

Alliance Bank Unjur Pertumbuhan Pinjaman 8.0-10 Peratus Bagi TK2025

KUALA LUMPUR, 31 Julai(Livevartha) –Alliance Bank Malaysia Bhd (Alliance Bank) mengunjurkan pertumbuhan pinjaman lebih sihat pada 8.0-10 peratus bagi tahun kewangan 2025 (TK2025), didorong oleh segmen perbankan perusahaan kecil dan sederhana, korporat dan pengguna.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Kellee Kam berkata bank itu menjangkakan pertumbuhan kukuh berdasarkankeadaan ekonomi menggalakkan di negara ini pada separuh pertama 2024.

“Dalam dua suku pertama, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia berkembang agak pesat. Malah, kiniterdapat peluang daripada pelaburan langsung asing telah diluluskan,peningkatan pelancongan selain kadar pengangguran amatrendah.

“Selain itu wujud permintaan dan pemulihan kukuh dalam sektor pembuatan sertapertanian negara. Kami yakin TK2025 akan terus menyaksikan permintaan baik bagi pertumbuhan pinjaman sektor perbankan," katanya padasidang media selepas Mesyuarat Agung Tahunan ke-42 Alliance Bank di sini, hari ini.

Mengulas selanjutnya, Kam juga menyifatkan persekitaran perniagaan terus menggalakkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mendapat akses pinjaman, tidak hanya secara langsung melalui bank tetapi juga menerusi pelbagai inisiatif kerajaan.

Terdahulu, Alliance Bank mencatatkeuntungan bersihlebih tinggi sebanyak RM690.47 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2024 (TK2024) daripada RM677.84 juta pada tahun sebelumnyamanakala hasil menokok kepada RM2.02 bilion daripada RM1.91 bilion, sebelum ini.

Selain itu, jumlah pinjaman kasar meningkat 13.6 peratus kepada RM55.7 bilion, didorong oleh prestasi kukuh yang merentasi semua segmen.

Menyentuh prospek,Kam berkata Alliance Bank optimis namun berhati-hati dalam senario ekonomi yang menggalakkan ketika ini.

“Ini berikutan ekosistem luaranselain isu geopolitik yang berpotensi memberi kesan kepada kadar faedah dan pasaran kewangan. Berikutan itu, kami kekal berwaspada dari segi unjuran berkaitan hala tuju pasaran,” katanya.

Related Articles

Purata gaji dan upah pekerja naik kepada RM3,332 sebulan pada 2022
Ekonomi

Purata gaji dan upah pekerja naik kepada RM3,332 sebulan pada 2022

PETALING JAYA: Purata gaji dan upah bulanan pekerja pada 2022 adalah sebanyak...

IFIRST Bank Islam perkasa PKS, syarikat sederhana ke arah ekonomi hijau
Ekonomi

IFIRST Bank Islam perkasa PKS, syarikat sederhana ke arah ekonomi hijau

MOHD. Muazzam Mohamed (tiga dari kanan) bersama Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, Datuk...

Sektor pembinaan terus rancak dipacu projek infrastruktur awam
Ekonomi

Sektor pembinaan terus rancak dipacu projek infrastruktur awam

PROJEK LRT Pulau Pinang adalah projek infrastruktur terbesar yang dilaksanakan pentadbiran Kerajaan...

Rundingan perdagangan Malaysia-AS sentuh kestabilan pelaburan E&E
Ekonomi

Rundingan perdagangan Malaysia-AS sentuh kestabilan pelaburan E&E

PETALING JAYA: Rundingan tarif antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) bukan sekadar...