Home Ekonomi Aktiviti beli saham murah dorong Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini
Ekonomi

Aktiviti beli saham murah dorong Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 21 Februari- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini apabila aktiviti belian saham pada harga rendah berlaku selepas penurunan selama dua hari walaupun semalaman Wall Street yang lemah.

Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.55 mata kepada 1.581.22 daripada 1,577.67 ketika ditutup pada Khamis.

Indeks barometer dibuka tinggi 2.25 mata kepada 1,579.92.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 150 berbanding 144 dengan 275 kaunter tidak berubah, 1,783 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.

Jumlah dagangan susut kepada 241.01 juta saham bernilai RM86.37 juta.

Ketua Penyelidikan Rakuten Trade Sdn Bhd Kenny Yee Shen Pin berkata Wall Street merosot selepas jangkaan daripada peruncit utama Amerika Syarikat (AS), Walmart dengan kebimbangan terhadap prospek ekonomi AS mempengaruhi sentimen.

Akibatnya, hasil Perbendaharaan 10 tahun AS jatuh kepada 4.507 peratus, katanya.

“Di peringkat tempatan, FBM KLCI kekal di bawah tekanan, ditutup di bawah paras 1,580. Indeks itu menurun sejak minggu lepas daripada paras 1,600.

“Oleh itu, kami percaya aktiviti belian semasa harga murah akan muncul tidak lama lagi. Hari ini, kami menjangkakan indeks bergerak dalam julat 1,575-1,585,” katanya dalam satu nota penyelidikan.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank berkurangan dua sen kepada RM10.42, CIMB jatuh 10 sen kepada RM8.34, bagaimanapun Public Bank menambah satu sen kepada RM4.50. Tenaga Nasional naik enam sen kepada RM13.86, manakala IHH Healthcare tidak berubah pada RM7.21.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 16.32 mata kepada 11,930.31, Indeks FBMT 100 naik 17.57 mata kepada 11,664.58, Indeks FBM Emas Shariah menambah 22.70 mata kepada 11,613.82, Indeks FBM 70 susut 7.90 mata kepada 17,361.09 dan Indeks FBM ACE naik 9.17 mata kepada 4,929.70.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 4.95 mata kepada 19,265.85, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan naik 0.07 mata kepada 161.27, Indeks Perladangan meningkat 12.32 mata kepada 7,404.62 manakala Indeks Tenaga merosot 2.19 mata kepada 777.76.- Livevartha

Related Articles

Ekonomi Malaysia berkembang 4.4 peratus suku pertama 2025
Ekonomi

Ekonomi Malaysia berkembang 4.4 peratus suku pertama 2025

MOHD. UZIR (kiri) dan Abdul Rasheed (kanan) membentangkan prestasi ekonomi Malaysia suku...

Rumah mampu milik gagal disebabkan faktor lokasi, mutu binaan
Ekonomi

Rumah mampu milik gagal disebabkan faktor lokasi, mutu binaan

RUMAH mampu milik perlu dibina dengan lokasi yang strategik serta mutu binaan...

Permintaan rumah mampu milik bawah RM500,000 terus dominasi pasaran
Ekonomi

Permintaan rumah mampu milik bawah RM500,000 terus dominasi pasaran

Pengurus PropertyGuru & iProperty, Kenneth Soh pada Laporan Kemampanan PropertyGuru Group 2024...

Sektor sarung tangan tempatan dijangka terkesan susulan perubahan tarif AS-China
Ekonomi

Sektor sarung tangan tempatan dijangka terkesan susulan perubahan tarif AS-China

PETALING JAYA: Sektor sarung tangan getah tempatan dijangka terjejas susulan pengurangan sementara...