Home Ekonomi Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang (Pindaan) 2024 Dikuatkuasakan Hari Ini – BNM
Ekonomi

Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang (Pindaan) 2024 Dikuatkuasakan Hari Ini – BNM

Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang (Pindaan) 2024 Dikuatkuasakan Hari Ini – BNM

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Livevartha) — Bank Negara Malaysia (BNM) akan menguatkuasakan Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang (Pindaan) 2024 (MSBA 2024)mulai 1 Ogos, 2024.

Bank pusat dalam satu kenyataan hari ini berkata, pindaan itu memperuntukkan penjara mandatori untuk tempoh tidak lebih 10 tahun dan denda sekurang-kurangnya RM50,000 bagi pengendali perniagaan perkhidmatan wang (MSB) yang haram.

MSBA 2024 juga menyediakan penerangan lebih jelas berhubung kesalahan bersubahat dengan pengendali haram, takrifan jelas perniagaan kiriman wang dan skop bukti untuk digunakan bagi mendakwa pengendali haram dan pihak berkuasa melucuthakkan harta pengendali haram apabila didakwa bagi menghalang pesalah berulang.

Selain itu pindaan tersebut juga membolehkan BNMmengambiltindakan pentadbirandan bukan tindakan undang-undangterhadap kesalahan operasi oleh pemegang lesen MSB selaras dengan tindakan penguatkuasaan yang lebih setara dengan tahap keseriusan kesalahan.

“Pindaan kepada MSBA itu akan memperkukuh keupayaan BNM untuk melaksanakan tindakan penguatkuasaan secara berkesan terhadap pengendali haram.

“Langkah ini akan bertindak sebagai pencegahan yang mantapterhadap aktiviti tidak dibenarkan yang boleh mendedahkan pelanggan kepada risiko serta menjejaskan integriti industri perniagaan perkhidmatan wang,” kata BNM.

Bank pusat berkataMSBA diterbitkan kali pertama pada 2011 untuk mentadbir amalan dan penyeliaan industri MSB yang terdiri daripada pengurup wang, pengendali perkhidmatan kiriman wang dan pemborong mata wang.

“Akta itu memainkan peranan utama dalam mempertingkattahap profesionalisme dan piawaian pematuhan industri serta mencegah penyalahgunaan entiti MSB untuk tujuan jenayah,” katanya.

Untuk maklumat lanjut mengenai MSBA 2024, bolehrujuk di laman sesawangbnm.gov.my/legislationmanakala orang ramai boleh melaporkan mana-mana pengendali perniagaan perkhidmatan wang haram melaluibnmlink.bnm.gov.my.

Related Articles

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion
Ekonomi

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion

PETALING JAYA: Jumlah pelaburan komited Ekuiti Nasional Bhd. (Ekuinas) bagi tahun kewangan...

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan
Ekonomi

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan

FADILLAH Yusof semasa ucaptama di Majlis Peluncuran Laporan Interim Banci Pertanian 2024...

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau
Ekonomi

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau

TENGKU ZAFRUL ABDUL AZIZKUALA LUMPUR: ASEAN boleh menjana tambahan AS$300 bilion (RM1.27...

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat
Ekonomi

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Rasionalisasi subsidi bahan api RON95 mungkin akan ditunda ke...