Home Ekonomi AirAsia X keluar pekeliling cadangan pengambilan Capital A bernilai RM6.8b
Ekonomi

AirAsia X keluar pekeliling cadangan pengambilan Capital A bernilai RM6.8b

AirAsia X keluar pekeliling cadangan pengambilan Capital A bernilai RM6.8b

PESAWAT AirAsia.

PETALING JAYA: AirAsia X (AAX) mengeluarkan pekeliling terperinci tentang cadangan pengambilalihan syarikat bagi keseluruhan kepentingan ekuiti Capital A Berhad dalam AirAsia Aviation Group Limited (AAAGL) dan AirAsia Berhad (AAB) bernilai RM6.8 bilion.

Pekeliling itu bagi tujuan semakan pemegang saham sebelum Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) yang dijadualkan pada 16 Oktober depan

Menurut kenyataannya, cadangan pengambilalihan mewakili langkah penting dalam menyatukan syarikat penerbangan tambang rendah jenama AirAsia kepada kumpulan penerbangan bersatu dengan kedudukan kewangan yang lebih kukuh.

Katanya, langkah strategik ini bertujuan untuk mewujudkan kuasa penerbangan terfokus merangkumi tujuh syarikat penerbangan di seluruh Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan Kemboja.

“Setelah selesai transaksi, kumpulan penerbangan baharu ini akan merangkumi spektrum penuh perkhidmatan perjalanan udara jarak pendek, sederhana dan jauh untuk memanfaatkan permintaan perjalanan yang semakin meningkat,” katanya.

Pengerusi AirAsia X, Datuk Fam Lee Ee berkata, cadangan pengambilalihan merupakan titik perubahan dalam strategi kumpulan untuk mencipta nilai jangka panjang untuk para pemegang sahamnya.

Katanya, penggabungan semua syarikat penerbangan berjenama AirAsia di bawah satu kumpulan akan mewujudkan sinergi yang kukuh, meningkatkan pengurusan pesawat dan membolehkannya mencapai bahagian yang lebih besar daripada trafik udara yang semakin meningkat.

“Ini meletakkan kami untuk keuntungan masa depan yang lebih kukuh sambil mengekalkan tumpuan kami untuk menyampaikan perjalanan udara berkos rendah dan berkualiti tinggi.

“Bagi pemegang saham kami, yang penting dalam transformasi ini, langkah ini membuka peluang yang besar dan berfungsi sebagai platform untuk pemegang saham mendapat akses kepada kumpulan syarikat penerbangan yang matang, dengan rekod keuntungan yang terbukti,” ujarnya.

Pekeliling itu yang kini dipaparkan di laman sesawang AAX, memberi butiran lanjut mengenai cadangan termasuk Cadangan Penerbitan Waran Percuma, Cadangan Penempatan Persendirian, Cadangan Pengambilalihan AAAGL, Cadangan Pengambilalihan AAB, Cadangan Pengurangan Modal Saham dan Cadangan Pemberian Pilihan Langganan.-UTUSAN

Related Articles

Pertumbuhan ekonomi berisiko lebih rendah tahun ini
Ekonomi

Pertumbuhan ekonomi berisiko lebih rendah tahun ini

PERTUMBUHAN keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia berisiko lebih rendah tahun ini....

CIMB umum komitmen RM10 bilion lonjak pertumbuhan JS-SEZ
Ekonomi

CIMB umum komitmen RM10 bilion lonjak pertumbuhan JS-SEZ

PETALING JAYA: CIMB Group Holdings Berhad (CIMB) komited dalam kemudahan pembiayaan sebanyak...

Ekonomi

Emas ditutup tinggi susulan ketidaktentuan politik, ekonomi global

Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin...

Ekonomi

PEOPLElogy Bhd sedia tersenarai di Bursa Malaysia 20 Mei ini

PEOPLElogy Bhd mengesahkan komitmennya untuk meneruskan rancangan penyenaraian di Pasaran ACE Bursa...