Home Ekonomi AirAsia Tingkatkan Kekerapan Dengan 3,281 Penerbangan Mingguan Ke ASEAN
Ekonomi

AirAsia Tingkatkan Kekerapan Dengan 3,281 Penerbangan Mingguan Ke ASEAN

AirAsia Tingkatkan Kekerapan Dengan 3,281 Penerbangan Mingguan Ke ASEAN

SEPANG, 8 Ogos(Livevartha) –AirAsia telah meningkatkan kekerapan penerbangan domestik dan antarabangsadengan kini mengendalikan sebanyak 3,281 penerbangan mingguan merentasi 10 negara ASEANbagi menggalakkan pelancongan dan pertumbuhan ekonomi di rantau ini.

Pengarah Urusan AirAsia MalaysiaDatuk Kapten Fareh Mazputra mengumumkan kekerapan penerbangan yang dipertingkatkan itu semasa sambutan Hari ASEAN Ke-57.

"AirAsia Malaysia akan mengendalikan 45 peratus daripada penerbangan mingguan ini ke negara-negara ASEAN, merangkumi 78 laluan sehingga akhir2024," katanya pada majlis tersebutyang diadakan dengan kerjasama Kementerian Luar Negeri.

Pada 2023, AirAsia Grouptelah membawa lebih 61 juta penumpang, dengan lebih 33 peratus daripada mereka melakukan perjalanan dalam ASEAN.

"Selama bertahun-tahun, syarikat penerbangan ini telah menjadi kuasa transformasi di ASEAN, mendemokrasikan perjalanan udara bagi berjuta-juta orang.

"Kami telah memperkenalkan laluan yang terkemuka serta tempat-tempat menarik yang tersembunyi dalam pasaran pelancongan di rantau ini, dengan kira-kira 60 peratus daripada destinasi kami adalah baharu dan unik," kata Fareh.

Katanya tema Hari ASEAN tahun ini, "Connected and Resilient Community," adalahselari dengan misi AirAsia untuk menghubungkan 10 negara ASEAN.

Beliau juga berkata AirAsia akan menyambung semula laluan Kuala Lumpur ke Da Lat, Vietnam, dengan empat penerbangan mingguan bermula 1 November, 2024.

Dikenali dengan iklim yang sejuk, landskap yang indah, dan warisan budaya yang kaya, Da Lat adalah bahagian penting dalam strategi AirAsia untuk mengukuhkan rangkaiannya dan menawarkan pilihan perjalanan mampu milik dalam ASEAN.

Related Articles

Teknologi AI: Cabaran permintaan tenaga perlu ditangani segera
Ekonomi

Teknologi AI: Cabaran permintaan tenaga perlu ditangani segera

TENGKU Muhammad Taufik Tengku Aziz (kanan) dalam forum penutup ‘Reflections From Energy...

AI dijangka jadi pemangkin revolusi tenaga di Asia Tenggara
Ekonomi

AI dijangka jadi pemangkin revolusi tenaga di Asia Tenggara

WILL HUDSONKUALA LUMPUR: Kecerdasan buatan (AI) dijangka menjadi pemangkin utama dalam revolusi...

Ketegangan geopolitik jejas kos, arah strategi industri Petrokimia
Ekonomi

Ketegangan geopolitik jejas kos, arah strategi industri Petrokimia

MAZUIN ISMAILKUALA LUMPUR: Ketegangan geopolitik sejak beberapa tahun ini terus memberi kesan...

Pusat data jadi pemangkin pelaburan strategik, peluang pekerjaan
Ekonomi

Pusat data jadi pemangkin pelaburan strategik, peluang pekerjaan

LIEW CHIN TONGKUALA LUMPUR: Pusat data perlu menjadi pemangkin kepada pelaburan strategik...