Home Ekonomi AirAsia Sasar Lonjak Kapasiti Perjalanan Singapura
Ekonomi

AirAsia Sasar Lonjak Kapasiti Perjalanan Singapura

AirAsia Sasar Lonjak Kapasiti Perjalanan Singapura

Pengarah Urusan AirAsia Malaysia, Datuk Kapten Fareh Mazputra (tiga, kiri) bersama Pengarah Eksekutif Asia Tenggara Singapore Tourism Board, Terrence Voon (empat, kiri) bergambar selepas melancarkan \’Rediscover Singapore with AirAsia sempena ulang tahun ke-20 operasi penerbangan AirAsia ke Singapura dengan kerjasama Singapore Tourism Board di AirAsia RedQ hari ini.

Pengarah Urusan AirAsia Malaysia, Datuk Kapten Fareh Mazputra (tiga, kiri) bersama Pengarah Eksekutif Asia Tenggara Singapore Tourism Board, Terrence Voon (kanan) menyempurnakan gimik pelancaran \’Rediscover Singapore with AirAsia sempena ulang tahun ke-20 operasi penerbangan AirAsia ke Singapura dengan kerjasama Singapore Tourism Board di AirAsia RedQ hari ini.

SEPANG, 22 Ogos (Livevartha) — AirAsia merancang untuk meningkatkan lagi kapasiti perjalanan udara ke Singapura, kata Pengarah Urusan AirAsia Malaysia, Datuk Kapten Fareh Mazputra Fairuz.

Beliau berkata laluan Kuala Lumpur-Singapura, yang paling sibuk di dunia, penting untuk melonjakkan pelancongan.

Kerjasama dengan Lembaga Pelancongan Singapura (STB) dan Changi Airport Group memberikan peluang besar untuk memanfaatkan rangkaian penerbangan AirAsia yang luas bagi memperkukuh hubungan antara negara jiran, katanya kepada pemberita selepas pelancaran livery pesawat AirAsia ‘Love, Singapore' di sini, pada Khamis.

Menerusi kerjasama STB, Gardens by the Bay dan Mandai Wildlife Group, AirAsia melancarkan livery pesawat 'Love, Singapore' sebagai sebahagian usaha mempromosikan pelancongan ke Singapura dari Malaysia, Thailand dan Indonesia dengan memanfaatkan kemuncak pelancongan akhir tahun di rantau ini.

Turut hadir ialah Pengarah Eksekutif STB Asia Tenggara Terrence Voon, Ketua Pegawai Jualan dan Pemasaran Mandai Wildlife Group Jean Choi dan Pengarah Kanan Pembangunan Perniagaan dan Kemampanan Gardens by the Bay, Addison Goh.

Rekaan pada badan pesawat Airbus A320 itu menampilkan tarikan ikonik Singapura, termasuk Gardens by the Bay dan taman hidupan liar Mandai Wildlife Group seperti Zoo Singapura dan Bird Paradise, bersama Merli yang merupakan karakter jenama Singapura terkemuka yang diilhamkan oleh Merlion.

Fareh Mazputra berkata pada masa ini pihaknya mengendalikan 286 penerbangan mingguan keluar masuk Singapura dari Malaysia.

“Kami mahu mengembangkan laluan masuk dan keluar dari Singapura. Pada masa ini, kami menawarkan 10 destinasi namun, kami menyasar untuk meningkatkannya melalui kerjasama lebih baik dengan STB dan Changi Airport Group,” katanya.

Beliau berkata Airbus A320 akan berada dalam perkhidmatan menjelang akhir bulan ini, menyasarkan negara Asean supaya pengembara dapat menghargai projek ini.

Related Articles

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20
Ekonomi

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20

PETALING JAYA: Ringgit dijangka terus mengukuh dalam masa terdekat, berpotensi mencecah antara...

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan
Ekonomi

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan

PUTRAJAYA: Malaysia masih berada dalam kedudukan lebih baik berbanding negara serantau seperti...

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei
Ekonomi

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei

MICHAEL Chew (kiri) dan Hannah Yeoh (dua dari kanan) dalam majlis pelancaran...

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025
Ekonomi

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025

CHUA KIM SOONPETALING JAYA: Jumlah tuntutan pampasan yang dibayar oleh syarikat insurans...