Home Ekonomi Air Selangor Raih RM1.2 Bilion Daripada Terbitan Sukuk SRI
Ekonomi

Air Selangor Raih RM1.2 Bilion Daripada Terbitan Sukuk SRI

Air Selangor Raih RM1.2 Bilion Daripada Terbitan Sukuk SRI

KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Livevartha) –Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd berjaya meraih RM1.2 bilion melalui terbitan sukuk keenam dan juga bahagian terbesar Sukuk Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab Kelestarian Air Selangor (SRI KAS).

Penyedia perkhidmatan air itu berkata penerbitan sukuk tersebutyang terdiri daripada empat siri dengan tempoh matang antara 10 hingga 25 tahun, menandakan selesainya penerbitan ketujuh setakat ini di bawah program sukuk murabahahbernilai RM10 bilion.

“Kami sangat gembira dengan hasil dan sokongan padu daripada pelaburkerana ia telah mencatatkan lebihan langganan yang luar biasa sebanyak 4.95 kali.

"Ia adalah bukti keyakinan berterusan para pelabur terhadap Air Selangor dan pengiktirafan serta sokongan mereka terhadap agenda kelestarian kami," kata Ketua Pegawai Eksekutif Adam Saffian Ghazali dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkatahasil daripada penerbitan itu akan membolehkan Air Selangor selari dengan aspirasi Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).

"Ia akan memantapkan lagi pelaburan dalam meningkatkan margin rizab air, mengurangkan air bukan hasildan memastikan operasi infrastruktur air kami yang berterusan, lebih cekapdan lebih mesra alam," tambahnya.

Disokong oleh pesanan kukuh yang berjumlah RM5.9 bilion, tawaran sukuk tersebut meningkat 20 peratus daripada RM1 bilion kepada RM1.2 bilion, menurut Air Selangor.

"Sokongan ini telah menjadikan sukuk SRI KAS keenam Air Selangor sebagai standard baharu untuk terbitan sukuk AAA. Hasilnya akan digunakan untuk membiayai projek-projek yang layak selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan yang menjadi keutamaan kami serta Rangka Kerja Sukuk Kelestarian Pembangunan Mampan kami," katanya.

Program sukuk murabahah, di bawah terbitan SRI KAS disahkan masing-masing mendapat penarafan jangka panjang dan jangka pendek AAAdengan prospek stabil dan P1oleh RAM Rating Services Sdn Bhd pada 11 Sept, 2023.

Related Articles

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion
Ekonomi

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion

PETALING JAYA: Jumlah pelaburan komited Ekuiti Nasional Bhd. (Ekuinas) bagi tahun kewangan...

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan
Ekonomi

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan

FADILLAH Yusof semasa ucaptama di Majlis Peluncuran Laporan Interim Banci Pertanian 2024...

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau
Ekonomi

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau

TENGKU ZAFRUL ABDUL AZIZKUALA LUMPUR: ASEAN boleh menjana tambahan AS$300 bilion (RM1.27...

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat
Ekonomi

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Rasionalisasi subsidi bahan api RON95 mungkin akan ditunda ke...