Home Ekonomi AHAM Capital isytihar agihan pendapatan RM1.11 billion
Ekonomi

AHAM Capital isytihar agihan pendapatan RM1.11 billion

AHAM Capital isytihar agihan pendapatan RM1.11 billion

ANTON TAN

PETALING JAYA: AHAM Asset Management Berhad (AHAM Capital) mengisytiharkan agihan pendapatan berjumlah RM1.11 bilion bagi tahun kewangan 2024, meliputi sejumlah 89 dana borong dan runcit yang diuruskan oleh syarikat.

Dana-dana itu merangkumi pelbagai strategi pelaburan dan kelas aset termasuk ekuiti, bon dan aset bercampur.

Ketua Pegawai Penyelesaian Produk AHAM Capital, Anton Tan berkata, pihaknya gembira kerana dapat memenuhi komitmen untuk menyalurkan pendapatan konsisten kepada pelabur dengan kadar agihan purata antara 4.0 peratus hingga 8.0 peratus bagi dana-dana syarikat.

“Pada 2024, kedudukan strategik kami dalam ekuiti Malaysia telah membuahkan hasil, disokong oleh prestasi pasaran kukuh berpacukan reformasi dasar dan peningkatan pelaburan langsung asing.

“Di samping itu, trend inflasi yang semakin reda dan potongan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk pasaran pendapatan tetap, seterusnya menyumbang kepada kestabilan keseluruhan strategi pendapatan kami,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas mengenai perancangan tahun ini, beliau berkata, langkah mempelbagaikan pelaburan perlu dititikberatkan.

“Ini memandangkan pentas global akan beralih di bawah pentadbiran baharu Trump, ditambah pula dengan ketegangan geopolitik yang kian meruncing dan ketidakstabilan berterusan dalam pasaran mata wang.

“Strategi pendapatan menjadi batu asas bagi mengukuhkan daya tahan portfolio, dengan memberikan kestabilan dan perlindungan modal dalam persekitaran yang tidak menentu.

“Walaupun pemotongan kadar akan dilakukan secara lebih perlahan, dan kadar faedah mungkin kekal lebih tinggi untuk tempoh lebih lama, persekitaran semasa masih membuka peluang bagi pelabur yang ingin menjana pendapatan bagi memanfaatkan kadar hasil lebih tinggi pada hari ini.

“Kami berpegang teguh kepada komitmen menyediakan penyelesaian global terpelbagai meliputi berbilang strategi, aset dan kelas mata wang bagi membantu pelanggan melaraskan dan menetapkan kedudukan pelaburan bagi tahun-tahun yang mendatang,” katanya.

Dana Select dan World Series Syarikat telah mencatatkan kadar agihan pendapatan yang kukuh antara 4.0 peratus dan 8.0 peratus meliputi pelbagai kelas aset dan strategi.

Selain itu, AHAM World Series Income Fund, yang mencapai pulangan mengagumkan 8.3 peratus dengan memanfaatkan peluang pendapatan global.

Bagi AHAM Select SGD Income Fund dan AHAM Select AUD Income Fund pula masing-masing mencatatkan pulangan 4.50 peratus, menawarkan kelebihan kepada pelabur dengan mempelbagaikan mata wang.

Dalam segmen patuh syariah, AHAM Aiiman Income Plus Fund dan AHAM Aiiman Quantum Fund masing-masing menjana pulangan kompetitif sebanyak 4.50 peratus dan 4.60 peratus.

Setakat 31 Disember 2024, jumlah Aset Di Bawah Pentadbiran (AUA) AHAM Capital bernilai kira-kira RM89.0 bilion, yang meliputi aset di bawah pengurusan, khidmat nasihat pelaburan dan aset sedang diagihkan. – UTUSAN

Related Articles

Tabung Haji dijangka umum kadar dividen lebih kompetitif
Ekonomi

Tabung Haji dijangka umum kadar dividen lebih kompetitif

PETALING JAYA: Lembaga Tabung Haji dijangka mampu mengumumkan kadar dividen yang kompetitif...

Pasaran hartanah dijangka berkembang positif pada kadar perlahan
Ekonomi

Pasaran hartanah dijangka berkembang positif pada kadar perlahan

PROSPEK sektor hartanah terus disokong oleh statistik yang lebih baik termasuk jumlah...

AEON Bank perkenal PF-i patuh syariah, 100 peratus digital
Ekonomi

AEON Bank perkenal PF-i patuh syariah, 100 peratus digital

PETALING JAYA: AEON Bank (M) Berhad (AEON Bank) mengumumkan pelancaran Pembiayaan Peribadi-i...

Ekonomi

Ketakutan ketinggalan punca belia berbelanja berlebihan

Sikap ingin memiliki sesuatu dengan segera dan takut ketinggalan menjadi faktor utama...