Home Ekonomi Agrobank sumbang zakat RM180,000 kepada lebih 12 pertubuhan kebajikan
Ekonomi

Agrobank sumbang zakat RM180,000 kepada lebih 12 pertubuhan kebajikan

Agrobank menyumbangkan zakat berjumlah RM180,000 kepada lebih 12 pertubuhan kebajikan di lapan wilayah di seluruh negara sempena perayaan Aidilfitri tahun ini / Foto RTM

KUALA LUMPUR, 16 Mac – Agrobank menyumbangkan zakat berjumlah RM180,000 kepada lebih 12 pertubuhan kebajikan di lapan wilayah di seluruh negara sempena perayaan Aidilfitri tahun ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata sumbangan itu bertujuan memastikan golongan asnaf dan anak-anak yatim tidak ketinggalan dalam meraikan sambutan Hari Raya.

\”Program ini diadakan di seluruh Malaysia, termasuk pembahagian bubur lambuk dan majlis berbuka puasa di lapan buah masjid luar bandar. Kami juga bekerjasama dengan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dalam menjayakan sumbangan zakat ini,\” katanyakepada pemberita pada program Iftar @ KL di Dataran Merdeka, di sini.

Terdahulu, Agrobank turut menyumbangkan zakat bernilai RM10,000 kepada pertubuhan anak yatim serta pelajar asnaf dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sempena program Iftar @ KL anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara.

Related Articles

Ekonomi

Lawatan PM ke Thailand: Malaysia raih potensi eksport RM1.07 bilion

Malaysia berjaya meraih potensi eksport berjumlah RM1.07 bilion hasil lawatan rasmi Perdana...

Ekonomi

Kempen Umrah 1,000 Asnaf: Sembilan individu pertama terima tajaan

Ketua Pegawai Eksekutif Ikhlas.com, Ikhlas Kamarudin / Foto BernamaPETALING JAYA, 19 April...

Ekonomi

AirAsia buka laluan ke Uzbekistan mulai September

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 19 April – Uzbekistan komited untuk memperkukuh...

Ekonomi

Ringgit diunjur mendatar berbanding dolar AS minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 19 April- Ringgit dijangka diniagakan mendatar dalam julat 4.41...