Home Ekonomi Agrobank catat rekod pembiayaan RM10.44 bilion tahun lalu
Ekonomi

Agrobank catat rekod pembiayaan RM10.44 bilion tahun lalu

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 27 Mac– Agrobank mencatatkan rekod tertinggi dalam penyaluran pembiayaan sebanyak RM10.44 bilion pada tahun 2024, sekali gus mencerminkan prestasi luar biasa merentasi semua sektor.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, pencapaian tersebut menunjukkan pertumbuhan ketara sebanyak 25.46 peratus berbanding 15.97 peratus pada tahun sebelumnya.

“Untuk 2024, perniagaan kami melangkaui kebiasaan. Kami menepati mandat kerajaan dalam meningkatkan penghasilan, serta melaksanakan intervensi kewangan bagi menyalurkan pembiayaan kepada sektor berisiko tinggi yang sukar mendapat akses di bank-bank komersial lain,” katanya.

Peningkatan itu turut dipacu oleh prestasi cemerlang tiga segmen perniagaan utama, termasuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang mencatat pembiayaan berjumlah RM547.68 juta.

Selain itu, pendapatan keseluruhan Agrobank juga berada pada trajektori positif, mencapai RM1.26 bilion, dengan pertumbuhan 9.32 peratus berbanding tahun sebelumnya, pencapaian tertinggi dalam tempoh tiga tahun.

Beliau berkata demikian dalam sidang media prestasi Agrobank 2024 di ibu negara.

Related Articles

Ekonomi

Lawatan PM ke Thailand: Malaysia raih potensi eksport RM1.07 bilion

Malaysia berjaya meraih potensi eksport berjumlah RM1.07 bilion hasil lawatan rasmi Perdana...

Ekonomi

Kempen Umrah 1,000 Asnaf: Sembilan individu pertama terima tajaan

Ketua Pegawai Eksekutif Ikhlas.com, Ikhlas Kamarudin / Foto BernamaPETALING JAYA, 19 April...

Ekonomi

AirAsia buka laluan ke Uzbekistan mulai September

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 19 April – Uzbekistan komited untuk memperkukuh...

Ekonomi

Ringgit diunjur mendatar berbanding dolar AS minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 19 April- Ringgit dijangka diniagakan mendatar dalam julat 4.41...