Wednesday , 23 April 2025
Home Ekonomi Agihan pendapatan AHB lima sen bagi tahun 2024
Ekonomi

Agihan pendapatan AHB lima sen bagi tahun 2024

Agihan pendapatan AHB lima sen bagi tahun 2024

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 9 Oktober- Agihan pendapatan akhir bagi dana Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) adalah sebanyak 2.50 sen seunit bagi tempoh enam bulan berakhir 30 September, 2024 sekali gus menjadikan jumlah agihan sebanyak lima sen bagi tahun 2024.

Pelaburan Hartanah Bhd (PHB) dan PHB Asset Management Bhd (PHBAM) menjelaskan jumlah itu meliputi pengagihan pendapatan asas sebanyak 2.25 sen seunit dan pengagihan bonus sebanyak 0.25 sen seunit.

“Jumlah bonus yang diberikan ini sumbangan daripada PHB, penaja dana AHB dan pengagihan terhad kepada 1,000,000 unit pertama untuk setiap pemegang unit,” menurut kenyataan bersama kedua-dua entiti.

Pada April 2024, PHB dan Maybank Asset Management Bhd (MAM) yang merupakan pengurus aset AHB ketika itu mengumumkan pengagihan pendapatan interim sebanyak 2.20 sen seunit dan bonus pengagihan bernilai 0.30 sen seunit bagi tempoh enam bulan berakhir 31 Mac, 2024.

“Ini membawa agihan keseluruhan bernilai 5.00 sen bersamaan 5.00 peratus setahun dengan nilai keseluruhan agihan pembayaran bernilai RM232 juta bagi tempoh 12 bulan berakhir 30 September, 2024.

“AHB akan mengagihkan sejumlah RM121 juta kepada kira-kira 83,000 pemegang unit bagi pengagihan pendapatan kali ini. Pendapatan pemegang unit tidak hanya dikecualikan daripada cukai, malah juga telah dizakatkan.

“Bagi tempoh ini, pendapatan dana akan diagihkan dalam bentuk wang tunai dengan wang tersebut akan dikreditkan terus ke akaun bank pemegang unit pada 14 Oktober, 2024,” jelasnya.

AHB boleh dilanggan oleh pelabur Bumiputera pada harga RM1.00 setiap unit di semua pengedar sah di seluruh Malaysia.

Related Articles

Pertumbuhan ekonomi berisiko lebih rendah tahun ini
Ekonomi

Pertumbuhan ekonomi berisiko lebih rendah tahun ini

PERTUMBUHAN keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia berisiko lebih rendah tahun ini....

CIMB umum komitmen RM10 bilion lonjak pertumbuhan JS-SEZ
Ekonomi

CIMB umum komitmen RM10 bilion lonjak pertumbuhan JS-SEZ

PETALING JAYA: CIMB Group Holdings Berhad (CIMB) komited dalam kemudahan pembiayaan sebanyak...

Ekonomi

Emas ditutup tinggi susulan ketidaktentuan politik, ekonomi global

Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin...

Ekonomi

PEOPLElogy Bhd sedia tersenarai di Bursa Malaysia 20 Mei ini

PEOPLElogy Bhd mengesahkan komitmennya untuk meneruskan rancangan penyenaraian di Pasaran ACE Bursa...