Home Ekonomi Aduan kelewatan, pembatalan penerbangan dominasi statistik 2024 – MAVCOM
Ekonomi

Aduan kelewatan, pembatalan penerbangan dominasi statistik 2024 – MAVCOM

Sebanyak 2,613 aduan berkaitan industri penerbangan direkodkan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) sepanjang separuh kedua tahun lalu / Foto Hiasan / Bernama

KUALA LUMPUR, 22 April – Sebanyak 2,613 aduan berkaitan industri penerbangan direkodkan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) sepanjang separuh kedua tahun lalu, dengan hampir kesemuanya melibatkan syarikat penerbangan.

MAVCOM dalam kenyataan memaklumkan, lebih 50 peratus aduan yang diterima berkaitan isu pembatalan penerbangan, kelewatan serta penjadualan semula, manakala hanya satu peratus melibatkan perkhidmatan lapangan terbang.

\”Daripada jumlah keseluruhan aduan itu, 99 peratus berjaya diselesaikan dalam tempoh tersebut. Syarikat penerbangan domestik turut mencapai kadar penyelesaian aduan melebihi 90 peratus dalam tempoh 30 hari seperti disasarkan,\” menurut MAVCOM.

Namun begitu, syarikat penerbangan asing hanya mencatat kadar penyelesaian 54 peratus, sekali gus mencerminkan keperluan penambahbaikan dalam aspek pengendalian aduan serta peningkatan tahap kepuasan pengguna.

Pengerusi Eksekutif MAVCOM, Datuk Seri Saripuddin Kasim berkata penting bagi semua pemain industri untuk bersedia memenuhi permintaan yang semakin meningkat, selaras dengan usaha memulihkan sektor penerbangan negara.

Katanya, keutamaan juga perlu diberikan kepada perlindungan hak pengguna dan peningkatan kualiti perkhidmatan secara menyeluruh.

Related Articles

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20
Ekonomi

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20

PETALING JAYA: Ringgit dijangka terus mengukuh dalam masa terdekat, berpotensi mencecah antara...

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan
Ekonomi

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan

PUTRAJAYA: Malaysia masih berada dalam kedudukan lebih baik berbanding negara serantau seperti...

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei
Ekonomi

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei

MICHAEL Chew (kiri) dan Hannah Yeoh (dua dari kanan) dalam majlis pelancaran...

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025
Ekonomi

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025

CHUA KIM SOONPETALING JAYA: Jumlah tuntutan pampasan yang dibayar oleh syarikat insurans...