Home Ekonomi ADE meterai kerjasama dengan PT Garuda
Ekonomi

ADE meterai kerjasama dengan PT Garuda

ADE meterai kerjasama dengan PT Garuda

Majlis menandatangani perjanjian kerjasama antara ADE dan PT Garuda berlangsung di Bali International Airshow 2024 (BIAS) dan disaksikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Capital A, Tony Fernandes dan Ketua Pegawai Eksekutif GMF, Andi Fahrurrozi / FOTO RTM

BALI, 18 September- Anak syarikat Capital A, Asia Digital Engineering (ADE) dan syarikat penyeleggaraan, pembaikan dan baik pulih, PT Garuda Maintenance Facility Aero Asia Tbk (GMF), mengumumkan kerjasama dalam pelaburan strategik.

Menerusi kerjasama tersebut, kedua-dua syarikat akan menggabungkan kepakaran dan sumber dalam merevolusikan perkhidmatan baik pulih penyelenggaraan gear pendaratan di seluruh rantau Asia Tenggara.

Pelaburan bersama berkenaan adalah bagi memperluaskan capaian pasaran bagi kedua-dua pihak, serta memenuhi permintaan yang semakin meningkat bagi perkhidmatan baik pulih gear pendaratan di Asia Tenggara.

Gabungan kepakaran teknikal dan pengalaman luas dua syarikat tersebut menyediakan penyelesaian perkhidmatan gear pendaratan bertaraf dunia kepada syarikat penerbangan di seluruh rantau ini.

Majlis menandatangani perjanjian kerjasama berlangsung di Bali International Airshow 2024 (BIAS) dan disaksikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Capital A, Tony Fernandes dan Ketua Pegawai Eksekutif GMF, Andi Fahrurrozi.

BIAS merupakan pameran udara yang berlangsung selama empat hari bermula 18 hingga 21 September 2024 di Bali, dengan penyertaan wakil daripada 48 negara dan lebih daripada 100 syarikat berkaitan aeroangkasa dan penerbangan.

Related Articles

Ekonomi

Pasaran getah dijangka terus lemah akibat ketidaktentuan global

Foto Hiasan / FailKUALA LUMPUR, 19 April – Pasaran getah Malaysia dijangka...

Ekonomi

Ringgit mengukuh pada pembukaan berikutan kelemahan dolar AS

Foto Hiasan / FailKUALA LUMPUR, 18 April – Ringgit mengukuh berbanding dolar...

Malaysia terima dorongan dalam perdagangan, pelaburan
Ekonomi

Malaysia terima dorongan dalam perdagangan, pelaburan

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) mengadakan pertemuan dua hala dengan...

Robert Kuok kekal individu terkaya di Malaysia
Ekonomi

Robert Kuok kekal individu terkaya di Malaysia

Tan Sri Robert KuokPETALING JAYA: Kekayaan kolektif 50 taikun utama Malaysia meningkat...