Home Ekonomi 8 negara OPEC+ naikkan kuota minyak Jun ini
Ekonomi

8 negara OPEC+ naikkan kuota minyak Jun ini

FOTO REUTERS

RIYADH, 4 Mei- Lapan negara OPEC+, akan mula meningkatkan had pengeluaran minyak sebanyak 411,000 tong sehari (bpd) pada Jun, berbanding paras pengeluaran yang ditetapkan bagi Mei 2025.

Komitmen itu dicapai dalam mesyuarat secara maya diadakan semalam, menurut OPEC dalam kenyataan rasminya.

\’\’Berdasarkan asas pasaran semasa yang dianggap sihat, termasuk tahap inventori minyak yang rendah, ia sejajar dengan keputusan yang dicapai pada 5 Disember 2024.

\’\’Pelarasan ini bersamaan dengan tiga peningkatan bulanan, dan boleh dihentikan atau dibatalkan, bergantung kepada perubahan keadaan pasaran.

\’\’Pendekatan fleksibel ini akan membolehkan OPEC+ terus menyokong kestabilan pasaran minyak global selain memberikan ruang kepada negara-negara terbabit untuk mempercepatkan pelan pampasan terhadap lebihan pengeluaran sebelum ini,\’\’ katanya.

Negara-negara OPEC+ turut mengulangi komitmen bersama untuk mematuhi sepenuhnya Deklarasi Kerjasama, termasuk pelarasan pengeluaran sukarela tambahan yang dipersetujui dan dipantau oleh Jawatankuasa Pemantauan Bersama Menteri (JMMC).

Lapan negara tersebut akan terus mengadakan mesyuarat bulanan bagi menilai keadaan pasaran, tahap pematuhan dan perkembangan berkaitan pampasan.

Mesyuarat seterusnya dijadualkan pada 1 Jun 2025 bagi menentukan tahap pengeluaran untuk Julai.

Related Articles

OPR diunjur turun kepada 2.75 peratus minggu ini
Ekonomi

OPR diunjur turun kepada 2.75 peratus minggu ini

KALI terakhir OPR berubah adalah apabila dinaikan daripada 2.75 peratus kepada 3.0...

Sektor perbankan kekal ‘overweight’ walaupun pertumbuhan lebih perlahan
Ekonomi

Sektor perbankan kekal ‘overweight’ walaupun pertumbuhan lebih perlahan

PETALING JAYA: Hong Leong Investment Bank Research mengulangi pendirian ‘overweight’ terhadap sektor...

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024
Ekonomi

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024

SYED MOHAMED SYED IBRAHIMPETALING JAYA: Kumpulan Johor Corporation (JCorp) pertumbuhan keuntungan sebelum...

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)
Ekonomi

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)

LAKARAN artis pembangunan komersial terbaharu, Nadi (Fasa 3A).PETALING JAYA: S P Setia...