Home Ekonomi 32 syarikat berminat operasi di zon kewangan khas Forest City
Ekonomi

32 syarikat berminat operasi di zon kewangan khas Forest City

Foto RTM

ISKANDAR PUTERI, 23 April – Sebanyak 32 syarikat tempatan dan antarabangsa menyatakan minat untuk beroperasi di Zon Kewangan Khas (SFZ) Forest City, Iskandar Puteri.

Exco Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Johor, Lee Ting Han berkata, daripada jumlah tersebut, 19 merupakan syarikat tempatan, manakala selebihnya terdiri daripada syarikat dari Singapura dan Thailand.

Menurut beliau, dua syarikat iaitu CMY Capital dan Yow Kee Family Office telah menerima kelulusan daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), menjadikan mereka kumpulan pertama yang akan menubuhkan pejabat keluarga (family office) di SFZ Forest City.

“Kelulusan ini menunjukkan keyakinan pelabur terhadap potensi SFZ sebagai hab kewangan baharu di rantau ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Ting Han, Kementerian Kewangan sedang memuktamadkan pakej insentif khas bagi SFZ yang dijangka akan dikuatkuasakan dalam masa terdekat.

Katanya lagi, setiap permohonan yang diterima akan diproses secara berperingkat bagi mempercepatkan kelulusan dan merangsang kemasukan pelaburan baharu ke zon berkenaan.

Related Articles

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20
Ekonomi

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20

PETALING JAYA: Ringgit dijangka terus mengukuh dalam masa terdekat, berpotensi mencecah antara...

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan
Ekonomi

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan

PUTRAJAYA: Malaysia masih berada dalam kedudukan lebih baik berbanding negara serantau seperti...

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei
Ekonomi

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei

MICHAEL Chew (kiri) dan Hannah Yeoh (dua dari kanan) dalam majlis pelancaran...

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025
Ekonomi

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025

CHUA KIM SOONPETALING JAYA: Jumlah tuntutan pampasan yang dibayar oleh syarikat insurans...