Home Ekonomi 136,453 Pertubuhan F&B beroperasi Dengan Nilai Output Kasar RM99 Bilion Pada 2022 – DOSM
Ekonomi

136,453 Pertubuhan F&B beroperasi Dengan Nilai Output Kasar RM99 Bilion Pada 2022 – DOSM

136,453 Pertubuhan F&B beroperasi Dengan Nilai Output Kasar RM99 Bilion Pada 2022 – DOSM

KUALA LUMPUR, 5 Ogos(Livevartha) — Sebanyak 136,453 pertubuhan perkhidmatan makanan dan minuman (F&B) beroperasi pada 2022 dengan nilai output kasar RM99.0 bilion berbanding167,490 pertubuhan pada 2015 yang mencatatkan nilai RM66.4 bilion, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

MenerusiBanci Ekonomi 2023 Perkhidmatan Makanan dan Minuman yang dikeluarkan pada Isnin, DOSM menjelaskan perkhidmatan makanan mencatatkan bilangan pertubuhan tertinggiiaitu 107,129 pertubuhan dan menyumbang sebanyak 78.5 peratus.

Ini diikuti oleh perkhidmatan katering (16,208 pertubuhan; sumbangan: 11.9 peratus) dan perkhidmatan minuman (13,116 pertubuhan; sumbangan: 9.6 peratus, tambah jabatan itu.

DOSM memaklumkannilai ditambah bagi perkhidmatan F&B adalah RM43.8 bilion pada 2022, mencatatkan kadar pertumbuhan tahunan terkumpul (CAGR)6.6 peratus berbanding pada 2015.

“Perkhidmatan makanan merekodkan sumbangan nilai ditambah tertinggiiaitu 83.4 peratus (RM36.5 bilion) manakala perkhidmatan minuman dan perkhidmatan katering masing-masing menyumbang 9.5 peratus (RM4.2 bilion) dan 7.1 peratus (RM3.1 bilion).

“Selangor mencatatkan nilai ditambah tertinggi sebanyak RM18.5 bilion (CAGR: 12.2 peratus), diikuti Kuala Lumpur, RM6.4 bilion (CAGR: 3.5 peratus) dan Johor, RM4.1 bilion (CAGR: 6.7 peratus),” menurutnya.

DOSM menambah bahawa bilangan pekerja pada 2022 berjumlah 1.07 juta berbanding 891,616 pekerjapada 2015.

“Perkhidmatan makanan merekodkan bilangan pekerja tertinggiiaitu871,155 orang dengan sumbangan sebanyak 80.7 peratus, diikuti perkhidmatan katering dengan sebanyak110,593 orang (sumbangan: 10.2 peratus) dan perkhidmatan minuman dengan 98,095 orang (sumbangan: 9.1 peratus),” menurut jabatan itu.

Gaji dan upah dalam perkhidmatan F&B berjumlah RM15.5 bilion dengan perkhidmatan makanan menyumbang jumlah gaji dan upah tertinggi sebanyak RM13.0 bilion.

Related Articles

Peluasan SST dijangka kurangkan saiz perbelanjaan pengguna
Ekonomi

Peluasan SST dijangka kurangkan saiz perbelanjaan pengguna

PELUASAN cukai jualan dan perkhidmatan (SST) akan dilaksanakan bermula 1 Julai ini....

Sukar dapat dana, dorong syarikat pemula berpindah
Ekonomi

Sukar dapat dana, dorong syarikat pemula berpindah

PEMANDANGAN Kuala Lumpur.WALAUPUN ekosistem startup atau pemula niaga Malaysia terus berkembang, akses...

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah
Ekonomi

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah

KHAIRIL ANUAR MOHAMMAD ANUARPETALING JAYA: Co-opbank Pertama (CBP) menjalinkan kerjasama strategik bersama...

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE
Ekonomi

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE

DARREN Chang (tengah) ketika sidang media selepas penyenaraian syarikat itu di Pasaran...