Home Ekonomi 13 peratus peminjam AKPK selesaikan RM3.2 bilion hutang
Ekonomi

13 peratus peminjam AKPK selesaikan RM3.2 bilion hutang

Sebanyak 13 peratus daripada 477,571 peminjam di bawah Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) berjaya menyelesaikan pinjaman hutang melebihi RM3.2 bilion / Foto Hiasan / Bernama

KUALA LUMPUR, 4 Disember – Sebanyak 13 peratus daripada 477,571 peminjam di bawah Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) berjaya menyelesaikan pinjaman hutang melebihi RM3.2 bilion melalui Program Pengurusan Kredit.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata program tersebut membantu peminjam menstrukturkan semula pinjaman mereka dan memastikan pembayaran balik dapat diteruskan.

“Program ini dapat mengelakkan peminjam daripada tindakan undang-undang seperti kebankrapan sekiranya gagal membayar balik pinjaman,” katanya semasa sesi soal jawab di Dewan Negara, di sini.

Sejak ditubuhkan pada 2006, AKPK telah memberi manfaat kepada hampir 1.4 juta individu menerusi khidmat nasihat kawal selia kewangan secara percuma.

Untuk mengurangkan kadar kebankrapan, AKPK bekerjasama dengan institusi kewangan bagi melaksanakan inisiatif mengeluarkan notis kepada peminjam sebagai langkah pencegahan awal.

Related Articles

Tabung Haji dijangka umum kadar dividen lebih kompetitif
Ekonomi

Tabung Haji dijangka umum kadar dividen lebih kompetitif

PETALING JAYA: Lembaga Tabung Haji dijangka mampu mengumumkan kadar dividen yang kompetitif...

Pasaran hartanah dijangka berkembang positif pada kadar perlahan
Ekonomi

Pasaran hartanah dijangka berkembang positif pada kadar perlahan

PROSPEK sektor hartanah terus disokong oleh statistik yang lebih baik termasuk jumlah...

AEON Bank perkenal PF-i patuh syariah, 100 peratus digital
Ekonomi

AEON Bank perkenal PF-i patuh syariah, 100 peratus digital

PETALING JAYA: AEON Bank (M) Berhad (AEON Bank) mengumumkan pelancaran Pembiayaan Peribadi-i...

Ekonomi

Ketakutan ketinggalan punca belia berbelanja berlebihan

Sikap ingin memiliki sesuatu dengan segera dan takut ketinggalan menjadi faktor utama...