Sunday , 17 November 2024
Home Perniagaan Waspada, jangan terpedaya dakwaan BNM promosi skim pelaburan
Perniagaan

Waspada, jangan terpedaya dakwaan BNM promosi skim pelaburan

Waspada, jangan terpedaya dakwaan BNM promosi skim pelaburan

FOTO FB Bank Negara Malaysia

KUALA LUMPUR, 19 Januari- Bank Negara Malaysia (BNM) menasihatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan video, hantaran atau mesej yang menyalahgunakan nama, logo atau nama pegawai kanannya.

Bank pusat itu menjelaskan ia tidak mempromosikan mana-mana skim pelaburan sama ada menerusi video, hantaran atau mesej.

\”Jangan terpedaya dengan video, hantaran atau mesej yang menyalahgunakan nama, logo atau nama pegawai kanan Bank Negara Malaysia.

\”Sentiasa ingat, BNM tidak mempromosikan mana-mana skim pelaburan.

\”Jika ragu-ragu, hubungi BNMLINK melalui bnmlink.bnm.gov.my,\”menurut hantaran bank pusat itu di Facebook.

Tegas BNM, tindakan sewajarnya akan diambil terhadap pelaku.

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...