Sunday , 22 December 2024
Home Perniagaan Untung bersih TM melonjak 63.6 peratus
Perniagaan

Untung bersih TM melonjak 63.6 peratus

Untung bersih TM melonjak 63.6 peratus

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 24 Februari- Keuntungan bersih Telekom Malaysia Berhad (TM) melonjak 63.6 peratus kepada RM1.87 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023.

Ini daripada RM1.14 bilion yang dicatatkan pada tempoh sama tahun sebelumnya.

Syarikat Telekomunikasi itu menyatakan hasil meningkat kepada RM12.26 bilion pada tahun kewangan 2023 daripada RM12.12 bilion sebelum ini didorong oleh prestasi kukuh Unifi dan TM Global.

Langganan jalur lebar tetap Unifi merekodkan pertumbuhan 3.1 peratus.

TM juga mengumumkan dividen interim kedua dan dividen akhir sebanyak 15.5 sen sesaham yang berjumlah RM594.9 juta.

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...