KUALA LUMPUR, 15 Mac-PETRONAS mencatat keuntungan bersih yang lebih rendah sebanyak RM80.7 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023, susut 21 peratus berbanding RM101.6 bilion, tempoh sama tahun sebelumnya.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik berkata penurunan itu berikutan keadaan pasaran yang mencabar dan purata harga direalisasi lebih rendah.
Pendapatannya juga merosot lapan peratus kepada RM343.6 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 berbanding RM372.3 bilion pada tahun sebelumnya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media pengumuman keputusan tahun kewangan berakhir 2023 di ibu negara.
Sementara itu, Petronas akan membayar dividen berjumlah RM32 bilion kepada kerajaan pada tahun ini.
Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulannya, Liza Mustapha berkata, pembayaran dividen itu akan dibuat secara berperingkat bermula April hingga Disember tahun ini.
\”Semalam, Lembaga Pengarah Petronas telah meluluskan pembayaran dividen RM32 bilion”.
“Kami akan membayar di antara April hingga Disember\”, katanya.
Tahun lepas, syarikat minyak dan gas itu telah membayar dividen sebanyak RM40 bilion kepada kerajaan.
Liza berkata demikian dalam sidang media pengumuman prestasi kewangan Petronas bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 di sini.