Monday , 23 December 2024
Home Perniagaan Unjuran melepasi jangkaan, petanda baik KDNK negara bakal capai 4-5 peratus
Perniagaan

Unjuran melepasi jangkaan, petanda baik KDNK negara bakal capai 4-5 peratus

Unjuran melepasi jangkaan, petanda baik KDNK negara bakal capai 4-5 peratus

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz

KUALA LUMPUR, 20 Ogos– Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) melepasi jangkaan untuk dua suku berturut-turut, petanda baik Malaysia bakal mencapaiunjuran keseluruhan antara 4.0hingga 5.0 peratus tahun ini.

Menurut Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, antara pemacu pertumbuhan bagi suku kedua ialah peningkatan ketara pelaburan swasta.

Ia didorong keyakinan pelabur yang semakin meningkat terhadap prospek ekonomi negara.

\”Kalau kita tengok, pelaburan swasta meningkat 9.2 peratuspada suku pertama 2024 dan pada suku kedua pula naik 12 peratus,manakalasektor pembuatan pada suku pertama naik 1.9 peratus, dan suku kedua naik 4.7 peratus. Alhamdulillah, Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 sudah mula menampakkan hasil\”, katanya.

Menerusi media sosialnya, beliau menjelaskanlonjakan eksport yang dipacu permintaan global untuk produk tempatan, khususnya dalam sektor elektrik dan elektronik turut menyumbang kepada pertumbuhan suku kedua.

Pelaksanaan Strategi Semikonduktor Nasional akan akan memastikan negara terus menjadi antara pemain utama industri semikonduktor di peringkat global.

Tambahnya, MITI akan terus berusaha memajukan industri tempatan,meningkatkan perdagangan serta menarik pelaburan berkualiti bagi mewujudkan lebih banyak pekerjaan berpendapatan tinggi untuk rakyat.

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...