Home Perniagaan TRX tarik pelaburan jangka panjang dari luar
Perniagaan

TRX tarik pelaburan jangka panjang dari luar

TRX tarik pelaburan jangka panjang dari luar

Ketua Pegawai Eksekutif Global Lendlease, Tony Lombardo

KUALA LUMPUR, 25 Februari- Pembangunan Tun Razak Exchange (TRX) akan menjadi sebuah mercu tanda kebanggaan Malaysia dan berpotensi sebagai pusat perniagaan Kuala Lumpur yang baharu.

Salah satu pelabur utamanya, Kumpulan Lendlease dari Australia menyatakan ini berikutan, TRX telah menerima seramai lima juta pengunjung, hanya dalam dua bulan pertama pusat beli-belah itu beroperasi.

Justeru, syarikat pembinaan multinasional tersebut optimis pelaburan mereka akan mengukuhkan portfolio sekali gus melihat pertumbuhan secara progresif.

\”Ini adalah pelaburan jangka panjang. Kami mahir dalam membina projek. Oleh itu, fokus kami untuk mendapatkan aset dan menstabilkan projek\”, kata Ketua Pegawai Eksekutif Global Lendlease, Tony Lombardo.

Pembangunan TRX menjadi Hab Kewangan Antarabangsa Malaysia.

TRX telah dibangunakan oleh pemaju induk, TRX City Sdn Bhd yang merupakan sebuah anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan yang diperbadankan.

Selain Lendlease, pelabur utama TRX juga meliputi Kumpulan Mulia dari Indonesia, HSBC Malaysia, Affin Bank dan Prudential Malaysia.

Related Articles

Perniagaan

Bursa Malaysia catat sedikit penurunan selepas kenaikan awal

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 30 September- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin tetapi...

Perniagaan

Kurang pemangkin baharu, Bursa Malaysia dibuka rendah

BURSA MALAYSIAKUALA LUMPUR, 27 September- Bursa Malaysia memulakan dagangan Jumaat dengan lebih...

Perniagaan

NSRF berperanan pupuk ketelusan & akauntabiliti pelaporan kemampanan

Presiden Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Datuk Abdul Rahman Ahmad KUALA LUMPUR,...

Perniagaan

Jualan MIHAS meningkat RM4.3 bilion tahun ini

Foto LivevarthaKUALA LUMPUR, 26 September- Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2024 mencapai...