Monday , 23 December 2024
Home Perniagaan Trafik penumpang udara global naik 9.1 peratus pada Jun
Perniagaan

Trafik penumpang udara global naik 9.1 peratus pada Jun

Trafik penumpang udara global naik 9.1 peratus pada Jun

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 1 Ogos- Trafik penumpang udara komersial global kekal pada trend pertumbuhan yang stabil pada Jun, tahun ini.

Trafik yang diukur dalam hasil penumpang bagi setiap kilometer (RPK) itu merekodkan peningkatan 9.1 peratus dari tahun ke tahun.

Melalui kenyataan, Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) memaklumkan, jumlah kapasiti, diukur mengikut tempat duduk tersedia bagi setiap kilometer, meningkat 8.5 peratus tahun ke tahun.

Manakala faktor muatan pada Jun ialah 85 peratus.

Permintaan di peringkat antarabangsa pula meningkat 12.3 peratus manakala peringkat domestik, ia meningkat 4.3 peratus berbanding Jun 2023.

Syarikat penerbangan Asia Pasifik terus menjadi penyumbang utama kepada pertumbuhan trafik industri pada Jun.

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...