Sunday , 17 November 2024
Home Perniagaan TNGD kenakan yuran 1%, untuk tambah nilai kad kredit mulai 23 Februari ini
Perniagaan

TNGD kenakan yuran 1%, untuk tambah nilai kad kredit mulai 23 Februari ini

TNGD kenakan yuran 1%, untuk tambah nilai kad kredit mulai 23 Februari ini

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 3 Februari– TNG Digital Sdn. Bhd (TNGD) akan mengenakan yuran 1% untuk semua tambah nilai kad kredit bermula 23 Februari ini.

Namun, bagi tambah nilai melalui DuitNow Transfer dan kad debit kekal percuma.

Langkah itu bagi membendung pengeluaran berlebihan dari baki kad kredit ke dalam akaun bank dan mengimbangi kos tambah nilai disubsidi oleh TNGD sejak penubuhannya.

Justeru, pengguna digalakkan menggunakan pindahan wang melalui DuitNow yang tertakluk kepada langkah anti-penipuan, sekali gus menjadikannya salah satu kaedah tambah nilai paling selamat.

Sebagai institusi kewangan terbesar dengan 20 juta pengguna, TNGD menjelaskan bahawa pihaknya perlu mencari keseimbangan antara kemudahan, keselamatan dan kemampanan kos jangka panjang syarikat.

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...