Thursday , 26 December 2024
Home Perniagaan TNB sedia jalin kerjasama bersama kerajaan, pelabur dan pemegang taruh untuk segerakan ET
Perniagaan

TNB sedia jalin kerjasama bersama kerajaan, pelabur dan pemegang taruh untuk segerakan ET

TNB sedia jalin kerjasama bersama kerajaan, pelabur dan pemegang taruh untuk segerakan ET

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 19 November – Tenaga Nasional Berhad (TNB) bersedia menjalinkan kerjasama bersama kerajaan, pelabur dan pemegang taruh untuk menyegerakan Peralihan Tenaga (ET) yang bertanggungjawab di samping menangani trilema tenaga.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Ir. Baharin Din berkata terdapat keperluan untuk ET dalam menangani peningkatan permintaan elektrik dan mengurangkan pelepasan karbon.

“Di rantau Asean, matlamatnya adalah untuk mendapatkan kapasiti 3,000 GigaWatt (GW) daripada tenaga bersih. Pada masa ini, Asean telah memasang 95GW bahan api terma dan 188GW tenaga boleh diperbaharui (RE).

\”Menjelang 2050, rantau ini menyasarkan untuk mencapai lebih 2,700GW RE,” katanya menerusi kenyataan.

Tambah Baharin, Malaysia juga sedang memperkasakan infrastruktur penghantaran bagi mengukuhkan kerjasama serantau dan menyokong sambung tara sistem tenaga merentasi sempadan melalui Grid Tenaga ASEAN.

“Pada masa ini, kami boleh menyokong tambahan 12GW loji solar baharu dan storan bateri pada titik nod tertentu dalam infrastruktur domestik kami, sebagai tambahan kepada 4GW RE yang sedia ada.

\”Kami secara proaktif mengenal pasti lebih banyak titik nod untuk memadankan matlamat negara kami untuk mencapai kapasiti TBB 70 peratus menjelang 2050 dan memenuhi permintaan tenaga negara jiran apabila perlu,\” katanya.

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...