KUALA LUMPUR, 18 Februari- Tenaga Nasional Berhad (TNB) dinamakan sebagai organisasi korporat paling dipercayai di Malaysia berdasarkan kaji selidik yang dilakukan firma penyelidikan pasaran, Ipsos Sdn Bhd.
Syarikat utiliti itu mengatasi 100 jenama lain hasil survei sepanjang tujuh bulan bermula April 2023.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Ir. Baharin menyifatkan kepercayaan dan keyakinan yang dinilai itu adalah cerminan kepada budaya kerja seluruh warganya.
Pengitirafan tersebut diharap mampu diterjemah kepada peluang perniagaan baharu dalam menawarkan solusi tenaga boleh baharu kepada pelanggannya.
Selain TNB, turut berada dalam senarai lima teratas adalah Keretapi Tanah Melayu Berhad(KTMB), ShellMalaysia, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan PetronMalaysia Refining & Marketing Bhd (PetronMalaysia).