Monday , 23 December 2024
Home Perniagaan Tingkat pendapatan isi rumah, kerajaan fokus basmi kemiskinan
Perniagaan

Tingkat pendapatan isi rumah, kerajaan fokus basmi kemiskinan

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli

PUTRAJAYA, 14 September- Kerajaan kini fokusmembasmi kemiskinan dalam negara dengan meningkatkan kadar pendapatan isi rumah.

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata, cabaran yang terpaksa dilalui oleh kerajaan sekarang adalah meningkatkan tahap pendapatan isi rumah .

\”Cabaran sebenar di negara ini adalah tentang pendapatan dan majoriti tahap pendapatan isi rumah kita adalah rendah jadi itulah sebabnya tumpuan kita bercakap tentang hartanah.

\”Kami benar-benar mahu mewujudkan program menjana pendapatan yang mampan untuk isi rumah dan itulah sebabnya kerajaan melabur dalam infrastruktur,\”katanya.

Rafizi bercakap kepada pemberita selepas menghadiri ‘Power Chat’ Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) , kerajaan sedangmelabur dalam infrastruktur bagi mewujudkan program menjana pendapatan bagi menangani kos sara hidup.

Sementara itu, beliau memaklumkan lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan datang ke China dijangka menghasilkan satu lagi pelaburan sampingan kepada Malaysia seperti yang telah dicapai dalam lawatan sebelum ini pada Mac.

“Setiap kali Perdana Menteri melawat China, lawatan itu bukan sekadar ‘mengukir senyuman dan mengucapkan hai.’

“Terdapat beberapa siri tindakan susulan, dan bagi Memorandum Persefahaman dan pelaburan yang dimeterai daripada lawatan sebelum ini, beliau (Anwar) melaksanakan tindakan susulan dengan pejabatnya dan semua jabatan yang diperlukan,” katanya.

Perdana Menteri dijadualkan mengadakan lawatan kedua ke China bagi menghadiri Ekspo China-Asean Ke-20 (CAEXPO) 2023 di Nanning, China pada 17 Sept ini bagi mengukuhkan lagi hubungan antara kedua-dua negara dan sebagai persiapan untuk menyambut ulang tahun ke-50 hubungan Malaysia-China pada tahun depan.

Menurut Rafizi, hubungan kepimpinan antara Anwar dan China adalah baik, yang menyaksikan pelbagai mesyuarat telah diadakan selain perbincangan berterusan dari semasa ke semasa.

“Hubungan sedemikian bukan sahaja memperkukuh kerjasama antara kerajaan, malah, memudahkan lebih banyak pelaburan dan pelaburan rentas sempadan antara syarikat Malaysia dan China,” katanya.

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...