Friday , 20 September 2024
Home Perniagaan Tiga pelabur AS setuju buat pelaburan di Malaysia
Perniagaan

Tiga pelabur AS setuju buat pelaburan di Malaysia

(Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz)

NEW YORK, 20 September- Tiga pelabur Amerika Syarikat (AS) menyatakan persetujuan untuk melabur di Malaysia.

Ia dinyatakan syarikat-syarikat terbabit melalui mesyuarat perniagaan bersama Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Menurut Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, antara syarikat tersebut ialah Alton Industry Ltd Group dan Top Line Furniture Corporation.

Beliau berkata para pelabur berkenaan turut menyatakan hasrat mereka agar dapat bekerjasama dengan institusi pengajian tinggi (IPT) di Malaysia bagi tujuan penyediaan tenaga kerja mengikut sektor yang dikehendaki.

Selain itu juga mahu memastikan keupayaan pengunaan tenaga hijau dan tenaga boleh diperbaharui bersesuaian sasaran masing-masing untuk mencapai sasaran Bersih Karbon seawal 2030.

\”Mereka mahu pelbagai insentif, bagi saya insentif yang mereka minta mestilah ada limpahan yang positif kepada rakyat dan syarikat terutamanya syarikat-syarikat Perusahaan Kecil Sederhana (PKS). Jika ia memberi impak yang baik dalam mencipta peluang kepada syarikat tempatan, maka kita akan mempertimbangkan permintaan mereka seperti cukai insentif dan sebagainya,\” katanya.


(Tengku Datuk Seri Zafrul ketika mesyuarat persiapan bersama agensinya, MIDA dan MATRADE
bagi mengiringi lawatan rasmi  PM ke New York)

Tengku Zafrul juga optimis akan ada lagi syarikat-syarikat yang berminat melabur di Malaysia susulan sesi libat urus yang dianjurkan pada lawatan kerja Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke New York ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan Malaysia dijadual mengambil bahagian dalam perbincangan meja bulat dengan Fortune 500 Companies, dan sesi penglibatan dengan Invest Malaysia New York.

Beliau juga akan mengadakan pertemuan dengan usahawan dan pelabur baharu yang berpotensi dari AS seperti Boeing, Kimberly Clark, Phillip Morris International, dan Procter & Gamble (P&G).

Inisiatif yang sama turut akan dipanjangkan pada Mesyuarat pemimpin-pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) pada November nanti.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...