Friday , 20 September 2024
Home Perniagaan Tengku Zafrul mahu sistem AP dikekalkan sokong industri automatif tempatan
Perniagaan

Tengku Zafrul mahu sistem AP dikekalkan sokong industri automatif tempatan

KUALA LUMPUR, 19 Oktober – Sistem Permit import (AP) perlu dikenakan kepada semua kenderaan bermotor import termasuk kenderaan elektrik (EV) untuk memantau dan menyokong perkembangan industri automotif tempatan.

Menteri Pelaburan, Perdaganan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata ini selaras dengan halatujuDasar Automotif Nasional 2020 dalam menjadikan Malaysia sebagai hab automotif serantau.

Justeru, beliau berkata pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat dasar pelaksan aan AP ke atas kenderaan import sepenuhnya (CBU) masih relevan dan perlu dikekalkan

\”Pemansuhan AP boleh mendorong kepada pengimportan atau lambakan kenderaan CBU yang tidak mematuhi piawaian teknikal dan membahayakan pengguna kenderaan di jalan raya.

\”Dan mekanisme AP adalah bertujuan untuk membangunkan industri automotif secara inklusif yang merangkumi agenda meningkatkan penglibatan usahawan bumiputera dalam rantaian bekalan industri automotif,\” katanya.

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng, berhubung langkah kerajaan untuk tidka memansuhkan sistem AP, mengecualikan cukai termasuk duit eksais dan import terhadap semua jenis EV.

Ini termasuklah kenderaan komersial dan motosikal.

Katanya, setakat September 2023, bilangan EV yang berdaftar mencecah 12, 000 unit termasuk kenderaan komersial dan motosikal.

Tambahnya lagi, pada Belanjawan 2023, kerajaan mengumumkan pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais disediakan terpakai untuk semua jenis EV.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...