Sunday , 17 November 2024
Home Perniagaan Tarik diri projek HSR KL-Singapura, keputusan Jepun ambil kira implikasi kos yang besar
Perniagaan

Tarik diri projek HSR KL-Singapura, keputusan Jepun ambil kira implikasi kos yang besar

Tarik diri projek HSR KL-Singapura, keputusan Jepun ambil kira implikasi kos yang besar

Ketua dan juga Penyelidik Ekuiti Maybank Investment Bank, Wong Chew Hann berpandangan situasi itu bukan perkara baharu memandangkan projek infrastruktur mega seumpama itu di Jepun dan China misalnya, turut digerakkan dengan jaminan kewangan kerajaan masing-masing / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 13 Januari – Keputusan firma Jepun menarik diri dalam projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur -Singapura dilihat mengambil kira implikasi kos yang besar, serta memerlukan jaminan kewangan oleh kerajaan terlibat.

Ketua dan juga Penyelidik Ekuiti Maybank Investment Bank, Wong Chew Hann berpandangan situasi itu juga dilihat bukan perkara baharu memandangkan projek infrastruktur mega seumpama itu di Jepun dan China misalnya, turut digerakkan dengan jaminan kewangan kerajaan masing-masing.

\”Kebanyakkan projek infrastruktur seperti kereta api berkelajuan tinggi di Jepun dan China semuanya dibiayai oleh kerajaan, kena ada penglibatan.

\”Saya mengerti pandangan kerajaan yang mahukan projek ini menjadi pembiayaan swasta kerana nilai RM100 bilion itu akan memberi tekanan kepada kemampuan kewangan kerajaan,\” katanya.

Agensi berita Jepun, Kyodo News melaporkan syarikat East Japan Railway Co, menarik diri terlibat dalam projek HSR KL-Singapura kerana disifatkan terlalu berisiko tanpa sokongan kewangan kerajaan Malaysia.

BERITA BERKAITAN:

  • Projek HSR tidak terjejas walaupun firma Jepun tarik diri – Loke
  • Projek HSR, kerajaan teliti kesan penarikan firma Jepun

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...